Berita Auto

KLIMS’18 Akan Tampilkan Barisan Kenderaan Komersial

Kuala Lumpur International Motor Show 2018 (KLIMS’18) akan menyaksikan lebih banyak pilihan untuk ditinjau selain daripada kenderaan penumpang, kereta konsep, kereta eksotik dan motorsikal. Ini kerana para pengilang dan pengedar kenderaan komersial akan mempamerkan pelbagai model kenderaan mereka di acara tersebut.

Datuk Aishah Ahmad, Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), berkata “Bagi menyokong ekonomi Malaysia, kenderaan komersial merupakan komponen penting dalam rangkaian pembekal. Dengan itu, KLIMS’18 akan memperkenalkan pelbagai model kenderaan komersial untuk sektor perniagaan dan orang awam untuk melihat kemungkinan menarik minat bagi pengangkutan orang awam dan barangan.”

Mengikut data terkini MAA, kenderaan komersial baru yang didaftarkan di Malaysia untuk fasa separuh pertama 2018 (sehingga Jun 2018) direkodkan sebanyak 28,671 unit manakala kenderaan komersial yang dikeluarkan dan dipasang di negara ini untuk tempoh masa yang sama pada tahun ini mencatat 19,623 unit.

Pada tahun 2017, jumlah jualan dan pengeluaran kenderaan komersial masing-masing berjumlah 61,956 unit (yang berdaftar) dan 40,081 unit (yang dikeluarkan dan dipasang di Malaysia). Jumlah pengeluaran dijangka meningkat pada tahun 2018 bagi memenuhi permintaan pasaran.

BHP

Peningkatan permintaan untuk kenderaan komersial disokong oleh keupayaan serba boleh trak pikap dan keupayaan pengangkutan trak serta ‘prime movers’ bagi menjalankan tugas untuk pengangkutan jarak jauh. OEM mengambil kesempatan daripada trend ini dan menawarkan pelbagai variasi model dan ‘facelift’. Industri automobil juga menghasilkan kenderaan komersial lebih mesra alam, ekonomi dan selamat.

Isuzu akan mempamerkan pencapaian kejayaan terbaru mereka dalam teknologi enjin diesel iaitu enjin 1.9L BluePower, manakala  Tata Motors, bersama DRB-HICOM Commercial Vehicles (DHCV), akan mempamerkan trak pikap Super Ace. trak Ultra dan prime mover Prima.

Pameran lain yang dijangka dapat menarik minat pengunjung adalah dari MSM Metal Industries, sebuah syarikat kejuruteraan logam dan pengeluar kontrak OEM yang mengeluarkan kelengkapan dapur dan peralatan untuk kendera saji (food truck). Syarikat ini juga akan mempertontonkan robot berketinggian 20 kaki bernama ‘Tanker’ yang diperbuat dari logam dan bahagian automotif terpakai.

Dianjurkan oleh MAA, KLIMS’18 akan diadakan dari 23 November hingga 2 Disember 2018 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), dengan tema “Beyond Mobility”.

Untuk maklumat lanjut mengenai KLIMS’18, layari laman web www.klims.com.my, atau hubungi Trade-Link Exhibition Services Sdn Bhd
di talian +603-7842 9863 atau e-mel info@trade-link-group.com.

Previous post

Honda Civic Kini Dengan Teknologi Keselamatan Honda Sensing

Next post

Go Auto dan SIRIM Meterai Kerjasama Strategik

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *