Berita Auto

Kempen Kia Mega Merdeka Tawar Promosi Menarik Untuk Cerato dan Picanto

Naza Kia Malaysia telah melancarkan kempen Kia Mega Merdeka yang menawarkan promosi menarik bagi model Cerato 1.6 SX dan Picanto EX bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-61 tidak lama lagi.

BHP

Orang ramai boleh mengambil peluang ini untuk mendapatkan Cerato 1.6 SX pada harga eksklusif iaitu RM83,032 dan Picanto EX pada harga RM47,079. Harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan tanpa insurans. Kedua-dua model didatangkan dengan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan.

Selain itu, pelanggan yang membeli salah satu model yang ditawarkan pada bulan ini akan mendapat kad sim Red One secara percuma. Sebagai tambahan, mereka yang membeli Cerato 1.6 SX juga akan mendapat servis percuma termasuk alat ganti dan kos buruh untuk tiga tahun pertama.

Kempen Kia Mega Merdeka hanya untuk masa yang terhad dan sah di semua bilik pameran Naza Kia di seluruh negara mulai sekarang sehingga 31 Ogos 2018.

 

Previous post

BMW Group Malaysia Lancar i8 Coupe Baharu

Next post

Yuzy Harap Tuah Litar Temerloh

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *