Berita Auto

Isuzu Perkenal Jentera Concept X

Isuzu telah memperkenalkan dua kenderaan konsep yang dibina berasaskan model sedia ada iaitu D-Max dan Mu-X. Dikenali sebagai Concept X, kenderaan-kenderaan tersebut didedahkan di acara National 4X4 Outdoors di Melbourne, Australia.

BHP

Dibina oleh EMG, syarikat yang turut membina kenderaan bagi pasukan stunt Team D-Max, kedua-dua jentera Concept X menampilkan reka bentuk badan yang telah diubahsuai secara ekstrem serta pelbagai komponen custom bagi menjadikannya jentera off-road yang lebih hebat.

isuzu-concept-x (4)

Spesifikasi bagi kedua-dua kenderaan adalah sama. Enjin yang digunakan adalah enjin turbodiesel 3.0-liter dengan Diesel Particulate Diffuser (DPD) yang dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan keluaran Aisin.

isuzu-concept-x (2)

Sistem suspensi terdiri daripada lift 7 inci dengan topang bebas di depan dan multi-link di belakang. Cakera terapung TBS Racing bersaiz 390 mm di depan dan 355 mm di belakang pula memastikan jentera ini sentiasa mempunyai kuasa membrek yang secukupnya.

isuzu-concept-x (1)

Concept X memakai tayar Toyo Open Country Mud Terrain bersaiz 38/15.5R20 yang dikatakan berharga $1,000 setiap satu. Takal WARN Zeon 10-S Platinum yang terletak di depan dan belakang pula mempunyai kapasiti untuk menarik beban sehingga 4,500 kg.

isuzu-concept-x (3)

Apa yang membezakan antara Concept X D-Max dan Concept X Mu-X adalah sudut pelepasan (departure angle) di mana D-Max adalah 38.5 darjah manakala Mu-X 37.3 darjah. Kedua-duanya mempunyai sudut pendekatan (approach angle) dan ruang lega tanah (ground clearance) yang sama iaitu 49.7 darjah dan 370 mm.

isuzu-concept-x (5)

Isuzu masih belum mengumumkan pelan seterusnya untuk kedua-dua model konsep ini, namun jika dikeluarkan untuk pasaran awam, dapatkah ia mencabar Ford Ranger Raptor?

Previous post

Audi Mendahului Mercedes & BMW Di China

Next post

Aston Martin DB5 Bakal Dihasilkan Semula

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *