Berita Auto

Isuzu Malaysia Lantik Ketua Pegawai Operasi Baharu

Isuzu Malaysia Sdn. Bhd. telah mengumumkan pelantikan Atsunori Murata sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO). Murata akan menggalas tanggungjawab menyelia aspek-aspek operasi di bawah Bahagian Kenderaan Komersial.

BHP

Pelantikan terkini ini telah dikongsikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Koji Nakamura sewaktu acara media baru-baru ini. Menurut Nakamura, “Atsunori Murata seorang yang berpengalaman luas dalam bidang pembangunan jualan dan perniagaan, perancangan produk dan operasi, dan telah memegang beberapa jawatan kepimpinan sepanjang berkhidmat di Isuzu Motors Japan.”

“Pengalamannya yang mendalam pasti akan memberikan manfaat kepada syarikat, supaya Isuzu Malaysia dapat mengekalkan kedudukannya sebagai Kenderaan Komersial (CV) Pilihan No. 1 di negara ini.”

Murata mula berkhidmat di Isuzu Motors Limited sejak tahun 1998, dan mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam aspek jualan antarabangsa dan pengurusan perniagaan.Beliau berpengalaman mengendalikan pelbagai pasaran dunia, termasuk China, Hong Kong, Singapura, Australia, New Zealand, negara-negara Kesatuan Eropah, dan juga Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Tambahan pula, Murata telah mendalami aspek penyeliaan perniagaan, perancangan jualan dan selepas jualan, pengurusan kewangan korporat dan penyelarasan pembuatan kenderaan komersial sewaktu ditugaskan di Isuzu Trucks South Africa pada tahun 2010, dan Isuzu Motors Sub Saharan Africa pada tahun 2015.

Sekembalinya berkhidmat dengan Isuzu Motors Japan, beliau telah ditugaskan sebagai Ketua Penyelaras untuk Pameran Motor Tokyo 2017, selain daripada menyelia beberapa acara automotif lain yang memerlukan kepakaran dan pengetahuan Murata yang luas.

Selain daripada Murata, di bawah Bahagian Selepas Jualan, pegawai-pegawai yang telah menyertai Isuzu Malaysia baru-baru ini termasuk Ryo Kakogawa sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO); Katsushi Shimauchi sebagai Penasihat Kanan untuk Perkhidmatan Pemasaran; dan Yuji Shinya sebagai Penasihat untuk Operasi Alat Ganti.

Previous post

Mazda6 2018 Masuk Pasaran Malaysia

Next post

Dari Sebuah Visi ke Satu Perubahan – BMW Malaysia Mempersembahkan “Born Electric: The BMW i Roadshow”

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *