Berita Auto

Ini Sebab Mengapa Mercedes-AMG G65 Dipanggil Semula

Jangan disangka bahawa SUV yang gagah seperti Mercedes-AMG G65 tidak mempunyai masalah. Menurut National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), sebanyak 20 unit G65 yang dihasilkan antara 6 September dan 10 Oktober telah dipanggil semula (recall) di Amerika Syarikat berikutan masalah pengehad kelajuan yang boleh menyebabkan ia bergerak sehingga 25 km/j dalam gear undur.

BHP

25 km/j memang tidak laju, namun dalam keadaan mengundur, sebarang input pada stereng boleh menyebabkan kenderaan menjadi tidak stabil atau lebih teruk lagi terbalik dan mendatangkan kecederaan kepada penumpang.

Bagi membetulkan keadaan, Mercedes-Benz akan mengemaskini unit kawalan enjin (ECU) yang dikatakan punca kepada masalah ini. Kerja pembaikan akan mengambil masa kurang daripada satu jam.

mercedes-amg-g65-final-edition (1)

G65 adalah varian tertinggi dalam barisan model G-Class. Ia dikuasakan oleh enjin 6.0-liter V12 yang menghasilkan 621 hp dan 991 Nm. Dengan transmisi automatik tujuh kelajuan, model ini memerlukan 5.1 saat untuk memecut dari 0 hingga 100 km/j dan mampu mencapai kelajuan maksimum 230 km/j.

 

Previous post

Tunggang Uji Motosikal Ducati Impian Anda di Acara Red Weekend 3.0

Next post

Perodua Ramal Cabaran Pada Separuh Tahun Kedua 2018 Kekalkan Sasaran Penjualan 209,000 Unit

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *