Berita Auto

Ini Dia Suzuki Vitara Facelift

Tahukah anda, Vitara adalah Suzuki paling popular di United Kingdom dan telah mendapat sambutan memberangsangkan sejak pelancarannya empat tahun lalu. Bagi tahun 2019, model itu akan mendapat naik taraf (facelift) yang merangkumi aspek visual, teknikal dan spesifikasi.

BHP

Bahagian luaran SUV itu menampilkan jeriji baharu, bampar lebih rendah serta lampu LED baharu di bahagian belakang. Bukan itu sahaja, reka bentuk rim turut diperbaharui.

2019-suzuki-vitara (3)

Di dalam, model itu didatangkan dengan material soft-touch pada papan pemuka dan kluster instrumen baharu yang mempunyai paparan maklumat berwarna di tengah-tengah.

Vitara akan ditawarkan dengan dua pilihan enjin baharu bagi menggantikan enjin petrol 1.6-liter sebelum ini. Varian SZ4 dan SZ-T mendapat enjin Boosterjet 1.0-liter yang menghasilkan 111 PS. Sistem pacuan empat roda Allgrip boleh didapati pada varian SZ-T dengan transmisi manual.

2019-suzuki-vitara

Sementara itu, varian SZ5 dilengkapi dengan enjin Boosterjet 1.4-liter dengan 140 PS dan 220 Nm dari 1,500 hingga 4,000 rpm.

Dikatakan sebagai model Suzuki paling canggih setakat ini, Vitara (varian SZ5) dilengkapi dengan pelbagai teknologi keselamatan terbaru seperti Dual Sensor Brake Support, Lane Departure Warning and Prevention, Traffic Sign Recognition, Blind Spot Monitor dan Rear Cross Traffic Alert.

2019-suzuki-vitara (2)

Model ini akan memasuki pasaran Eropah bermula September tahun ini.

Previous post

Honda Malaysia Mantapkan Rangkaian Pengedar

Next post

Nissan Navara VL Plus Baharu Kini Dengan Intelligent Around View Monitor (I-AVM)

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *