Cerita Auto

Hyundai Elantra Facelift Lebih Menarik Perhatian

Hyundai telah memperkenalkan Elantra versi facelift 2019 yang membawa reka bentuk lebih tajam dan bersegi berbanding model sedia ada.

BHP

Menurut Scott Margason, pengarah perancangan produk Hyundai, hud, fender hadapan, gril, lampu utama, lampu belakang dan but telah direka semula untuk imej yang lebih meyakinkan.

2019-hyundai-elantra (5)

Bukan itu sahaja, nombor plat belakang turut dipindahkan dari penutup but ke bampar untuk menyerlahkan lagi rekaannya. Rim didatangkan dalam saiz 16 dan 17 inci serta 15 inci bagi varian Eco di pasaran Amerika Syarikat, manakala lampu LED adalah untuk varian Limited dan Sport.

2019-hyundai-elantra (3)

Apa yang baru di bahagian dalam adalah konsol tengah, butang kawalan audio dan pendingin hawa serta rekaan kluster instrumen. Selain itu, pelanggan kini mempunyai pilihan untuk mendapatkan sistem infotainmen AVN 5.0 yang menampilkan skrin sentuh bersaiz 8 inci dan pemproses yang lebih responsif.

2019-hyundai-elantra (4)

Model facelift ini turut didatangkan dengan sistem keselamatan SmartSense yang merangkumi Forward Collision-Avoidance Assist, Lane Keep Assist dan Driver Attention Alert. Pelanggan yang memilih Ultimate Package akan mendapat ciri-ciri tambahan iaitu Safe Exit Assist, Forward Collision-Avoidance Assist with Pedestrian Detection, Blind-Spot Collision Warning with Rear Cross-Traffic Alert dan Lane Change Assist.

2019-hyundai-elantra (2)

Bagi pasaran AS, Elantra ditawarkan dengan tiga pilihan enjin. Varian SE, SEL dan Limited dengan enjin Nu 2.0L MPI yang menghasilkan 147 hp, manakala varian Eco dengan enjin Kappa 1.4L Turbo-GDI yang menjana 128 hp.

2019-hyundai-elantra (1)

Elantra Sport pula dikuasakan oleh enjin 1.6L Turbo-GDI yang boleh dipadanan dengan transmisi manual enam kelajuan atau automatik dwi-klac tujuh kelajuan.

Previous post

Bugatti Memperkenalkan Divo Dan Menjual Setiap Unit

Next post

UMW Toyota Motor Umum Pembabitan Dalam eSports

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *