Motosikal / Lain Lain Roda

Honda Vario 150 Kini di Malaysia – Harga Dari RM7,199

Nampaknya Boon Siew Honda telah melancarkan satu lagi model transmisi automatik (AT) ke pasaran Malaysia. Dikenali sebagai Vario 150, skuter ini menawarkan gabungan penggayaan sporty, prestasi yang menyeronokkan serta ciri-ciri bernilai.

BHP

Menurut Boon Siew Honda, ia sedar bahawa populariti model AT kini meningkat, terutamanya di kalangan penunggang muda yang mahukan ciri berkualiti pada harga yang mampu milik. Melalui pemerhatian ini, syarikat itu melihat potensi yang besar dalam segmen AT dan memutuskan untuk memperkenalkan model baru tersebut.

Honda Vario 150

Vario 150 dikuasakan oleh enjin sejukan cecair empat lejang 150 cc yang menghasilkan 13.1 PS pada 8,500 rpm dan 13.4 Nm pada 5,000 rpm. Enjin ini dilengkapi dengan teknologi eSP dan Idling Stop System (ISS) untuk menghasilkan keseimbangan dari segi prestasi dan kecekapan bahan api.

Honda Vario 150

Ia didatangkan dengan pelbagai ciri bernilai seperti lampu LED depan dan belakang, panel meter digital LCD, sistem kunci pintar, rim 14 inci, brek cakera serta ruang penyimpanan sebesar 18 liter di bawah tempat duduk dan rak berkembar untuk kemudahan pengguna.

Honda Vario 150

Bagi ciri keselamatan, Vario 150 dilengkapi dengan Combi Brake System (CBS) yang membantu mengimbangi sistem brek pada roda hadapan dan belakang.

Honda Vario 150

Vario 150 dijual pada harga RM7,199 bagi versi biasa (boleh didapati dalam warna Hitam Mutiara, Biru Mutiara dan Perak Metalik) dan RM7,399 bagi Edisi Repsol. Jaminan yang diberikan adalah selama dua tahun atau 20,000 km.

Honda Vario 150

Honda Vario 150

Previous post

Tahun Ketiga Perkongsian Renault Sport Formula One ™ Team Dengan Bell & Ross

Next post

Ramdan Fokus Perlumbaan di Teluk Intan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *