Motosikal / Lain Lain Roda

Honda RS150R Kini Dalam Warna Pearl Magellanic Black

Boon Siew Honda secara rasminya telah memperkenalkan Honda RS150R baharu yang kini didatangkan dalam warna Pearl Magellanic Black (hitam). Warna baharu ini akan dijual bersama-sama dengan warna sedia ada iaitu Pearl Nightfall Blue (biru), Candy Scintillate Red (merah) dan Edisi Repsol.

BHP

“Kami tahu bahawa RS150R amat istimewa dan iyanya akan disesuaikan dengan identiti pemiliknya”, kata Keiichi Yasuda, Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda.

Lampu LED

 

“Oleh itu, warna visual terkini untuk edisi terbaharu Honda RS150R perlu lebih meyakinkan untuk seiring dengan penampilan yang agresif,” tambah beliau lagi.

Enjin DOHC, 6-Kelajuan Tanpa Tara

Model ini mengekalkan enjin DOHC 150 cc silinder tunggal dengan sistem penyejukan cecair dan sistem suntikan bahan api PGM-FI. Ia menawarkan tujahan kuasa sebanyak 15.6 PS pada 9.000 rpm dan tork 13.5 Nm pada 6,500 rpm, yang disalurkan ke tayar belakang melalui kotak gear enam kelajuan.

Meter Digital

Rangkanya adalah dari jenis bingkai twin-perimeter yang digabungkan dengan fork teleskopik di depan dan penyerap hentak tunggal di belakang. Lampu LED digunakan untuk lampu hadapan manakala di bawah tempat duduk pula terdapat tangki bahan api sebesar 4.5 liter.

Reka Cipta Grafik Baharu

Harga bagi RS150R adalah RM7,999 bagi warna hitam, biru dan merah, dan RM8,299 bagi Edisi Repsol.

 

 

Previous post

Barisan Model Mercedes-Benz S-Class Facelift Dilancarkan di Malaysia

Next post

GIIAS 2018 Dari 2 Hingga 12 Ogos

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *