Berita Auto

Honda Malaysia Mantapkan Rangkaian Pengedar

Bagi memenuhi keperluan pelanggan yang kian meningkat, Honda Malaysia telah membuka satu lagi pusat 3S baharu yang menawarkan perkhidmatan jualan, servis dan alat ganti.

BHP

Terletak di Cheras, Kuala Lumpur, pusat yang dioperasikan oleh MJN Motors itu akan menyediakan kemudahan dan akses kepada pelanggan Honda di sekitarnya, khususnya di Cheras, Kajang dan Seri Kembangan.

???????????????????????????????

Dengan pelaburan berjumlah RM6 juta, bangunan berukuran 11 ribu kaki persegi itu mempunyai 12 ruang servis yang boleh menampung sehingga 30 buah kereta sehari.

???????????????????????????????

Untuk keselesaan pelanggan, MJN Motors turut menyediakan lounge eksekutif, ruang kanak-kanak, cafe serta surau. Perkhidmatan lain seperti pembaharuan cukai jalan, insurans, serta ‘courtesy car’ turut disediakan.

???????????????????????????????

Untuk membuat temu janji, hubungi MJN Motors di talian 03-90816088 (jualan dan servis) atau lawati Lot 58274, Jalan Sayang 1, Taman Rasa Sayang, 43200, Cheras.

 

Previous post

Uber Memutuskan Untuk Menghentikan Pembangunan Teknologi Lori Tanpa Pemandu

Next post

Ini Dia Suzuki Vitara Facelift

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *