Berita Auto

Honda Malaysia Lancar Kempen ‘Joy of Buying’

Honda Malaysia akan menganjurkan kempen ‘Joy of Buying’ dari 1 September hingga 31 Oktober 2018 bersempena dengan sambutan hari kebangsaan dan ulangtahun ke-70 Honda. Kempen ini terbuka kepada semua pelanggan yang membuat tempahan bagi mana-mana model Honda dalam tempoh tersebut.

BHP

Untuk menyertai, pelanggan hanya perlu menjawab bagaimana slogan “The Power of Dreams” telah mengubah gaya hidup mereka dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Jawapan boleh ditulis dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris dan perlu dihantar ke laman web rasmi Honda Malaysia.

Seorang pemenang dengan jawapan paling kreatif akan dipilih setiap minggu selama tujuh minggu untuk memenangi hadiah utama iaitu sebuah Honda City. 17 hadiah kedua akan membawa pulan Sony Blu-Ray Home Cinema System setiap seorang, manakala 277 pemenang hadiah ketiga akan mendapat barangan rasmi Honda Malaysia.

 

Previous post

Mercedes-Benz Malaysia Lancar Barisan 'Dream Cars' Baharu

Next post

Platform Modular Jaguar Land Rover Baharu Disahkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *