Berita Auto

Honda Civic Type R Catat 2:10.19 di Hungaroring

Honda Civic Type R telah mencatat rekod baharu bagi kereta pacuan roda hadapan (FWD) di litar Hungaroring, sekaligus melengkapkan Cabaran Civic Type R 2018 dengan penuh gaya.

BHP

Masa 2 minit 10.19 saat itu dilakukan oleh Jenson Button, bekas pelumba Formula One yang kini memandu Honda NSX dalam saingan Super GT. Litar yang terletak di Budapest itu bukanlah lokasi yang asing bagi Button kerana di sanalah pemandu British itu merangkul kemenangan Grand Prix pertamanya pada tahun 2006.

Berukuran 4.38 km, litar Hungaroring adalah salah satu litar paling teknikal di Eropah dengan laluan yang sempit, selekoh 180 darjah dan ‘chicane’ yang sukar. Bagaimanapun, sistem peredam adaptif dan tetapan stereng yang unik menjadikan litar itu lokasi yang sempurna untuk menguji kemampuan Civic Type R.

civic-type-r-challenge

Bercakap tentang prestasi Civic Type R, Button berkata bahawa jentera tersebut membolehkan beliau membrek dengan lewat manakala transmisi manual membuatkan beliau berasa lebih terhubung.

“Perkara pertama yang saya perasan apabila meninggalkan lorong pit adalah betapa neutralnya kereta ini,” kata Button.

civic-type-r-challenge (1)

Ini merupakan rekod FWD kelima yang dicatatkan oleh Civic Type R baharu. Sebelum ini, jentera hot hatch itu mencatat 2:01.84 di Estoril, 2:31.32 di Silverstone, 2:53.72 di Spa-Francorchamp dan 2:01.51 di Magny-Cours. Ia juga merupakan jentera FWD terpantas di litar Nurburgring dengan catatan masa 7:43.8 yang dilakukan pada April tahun lalu.

Previous post

Ducati Diavel 2019 Bakal Datang Dengan Enjin dan Elektronik Terkini

Next post

Laluan Sukar Uji Peserta Proton 1-Tank Adventure Pusingan Timur Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *