Cerita Auto

Honda Civic Kini Dengan Teknologi Keselamatan Honda Sensing

Honda telah mendedahkan Civic Sedan dan Coupe facelift bagi pasaran Amerika Syarikat. Selain dari penggayaan yang dikemaskini, model generasi ke-10 itu juga menampilkan teknologi Honda Sensing sebagai ciri standard untuk semua varian.

BHP

Walaupun sebahagian besar daripada reka bentuknya dikekalkan, Civic kini tampil lebih segak dengan gril hitam berkilat dan lampu utama yang lebih kemas. Bahagian bawah bampar depan turut diberi sentuhan segar, selain kemasan krom pada bampar belakang bagi model Sedan. Selain itu, Honda turut memberikan rim dengan rekaan terbaru dan ini termasuk rim bersaiz 18 inci bagi varian Touring.

2019-honda-civic (2)

Satu lagi tambahan bagi Civic facelift adalah varian Sport yang boleh didapati dalam versi Sedan atau Coupe. Diletakkan di antara varian LX dan EX, varian Sport menawarkan imej lebih garang dengan kemasan hitam piano pada bahagian bawah bampar depan (berbanding krom pada varian biasa).

Bagi model Sedan, varian Sport memberikan spoiler belakang serta ‘splitter’ bampar belakang yang dipadankan dengan muncung ekzos krom berbentuk poligon seperti Civic Si. Rim 10-spoke bersaiz 18 inci yang didatangkan dalam warna Berlina Black memberikan Civic Sport gaya lebih agresif.

2019-honda-civic (3)

Kelengkapan standard lain bagi Civic Sport adalah enjin DOHC VTEC 2.0-liter dengan padanan kotak gear CVT dengan G-Shift Control atau transmisi manual enam kelajuan, serta paparan audio 7 inci dengan ciri Apple CarPlay dan Android Auto.

Seperti yang dikatakan tadi, Civic kini didatangkan standard dengan teknologi keselamatan Honda Sensing. Teknologi ini merangkumi ciri-ciri seperti Collision Mitigation Braking System (CMBS) with Forward Collision Warning; Road Departure Mitigation (RDM) with Lane Departure Warning (LDW); Lane Keeping Assist System (LKAS); dan Adaptive Cruise Control (ACC).

2019-honda-civic (1)

Diperkenalkan pada tahun 2015 dalam bentuk Sedan dan kemudiannya Coupe, barisan model Civic generasi ke-10 turut merangkumi versi Hatchback, Civic Si Coupe dan Sedan serta jentera pacuan roda hadapan terpantas dunia iaitu Civic Type R.

 

Previous post

Kelajuan Pemandu Mercedes A45 AMG Ini Melebihi Pengalamannya

Next post

KLIMS'18 Akan Tampilkan Barisan Kenderaan Komersial

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>