Berita Auto

Ford Ranger Raptor Masuk Pasaran Eropah

Ford mengesahkan bahawa trak pikapnya yang ditunggu-tunggu iaitu Ranger Raptor akan dijual di pasaran Eropah bermula pertengahan tahun hadapan.

BHP

Seperti Thailand dan Australia, Ranger Raptor bagi pasaran Eropah menampilkan enjin EcoBlue diesel 2.0-liter yang menghamburkan 213 PS dan 500 Nm tork. Enjin tersebut dipadankan dengan kotak gear automatik 10 kelajuan baharu.

ford-ranger-raptor-2019 (1)

Sistem Terrain Management memberikan pemandu akses kepada enam mod pemanduan iaitu Normal, Sport, Grass/Gravel/Snow, Mud/Sand, Rock serta Baja, yang menampilkan talaan khas bagi pemanduan off-road berkelajuan tinggi seperti yang dilakukan oleh pelumba dalam rali Gurun Baja.

ford-ranger-raptor-2019

Selain itu, antara komponen utama sistem supensi Ranger Raptor adalah penyerap hentak Fox Racing Shox dengan Position Sensitive Damping serta lengan kawalan aluminium. Sistem brek terdiri daripada cakera bersaiz 332 mm dengan angkup omboh berkembar di hadapan dan belakang.

ford-ranger-raptor-2019 (3)

 

Tayar yang digunakan pula adalah jenis BF Goodrich All-Terrain bersaiz 285/70 R17 yang sememangnya direka khas untuk model ini.

ford-ranger-raptor (1)

Kelengkapan lain yang disertakan termasuklah Roll Mitigation Function, Electronic Stability Control (ESC), Trailer Sway Control (TSC), Hill Start Assist (HSA), Hill Descent Control (HDC) dan Load Adaptive Control (LAC).

 

Previous post

Mencari Kakitangan Selepas Jualan Yang Pantas dan Cekap

Next post

Ini Dia Satu Satunya VW Golf A59

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *