Cerita Auto

Daihatsu Malaysia Buka Tempahan Untuk Gran Max 1.5 AT

Daihatsu Malaysia akan melancarkan kenderaan komersial terbarunya iaitu van panel Gran Max dengan enjin 1.5 DOHC DVVT dan transmisi automatik.

BHP

Syarikat itu telah membuka tempahan untuk model tersebut dan kini sedang menawarkan pakej servis percuma selama setahun bagi setiap tempahan yang dibuat dari 16 Ogos hingga 30 September 2018.

Mula diperkenalkan sejak lapan tahun lalu, Gran Max sebelum ini hanya boleh didapati dalam versi manual. Ia direka khas untuk memenuhi keperluan pemilik perusahaan kecil dan sederhana (SME) serta agensi kerajaan dengan keupayaan mengangkut sehingga 2,000 kg beban.

Selain itu, Gran Max turut dilengkapi dengan pacuan roda belakang, serta stereng kuasa dengan lengkung pusingan (turning radius) sebesar 4.7 meter. Model yang akan dilancarkan nanti telah dipertingkatkan dengan sistem ABS, dua beg udara depan dan stereng boleh lipat.

Daihatsu Gran Max AT akan ditawarkan pada harga RM69,888 termasuk jaminan selama tiga tahun atau 100,000 km. Ia boleh ditempah di kesemua 26 bilik pameran Daihatsu di seluruh negara.

 

Previous post

Eropah Mahu Lebih Kereta Petrol Seperti SKYACTIV Mazda

Next post

Pemenang Grand Final PROTON 1 Tank Adventure Dinobatkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>