Berita Auto

BMW Group Malaysia Mula Eksport MINI Countryman ke Thailand

BMW Group Malaysia telah menyerahkan kelompok pertama MINI Cooper S Countryman dan Cooper S Countryman Hightrim bagi program eksportnya ke Thailand dari kilang INOKOM Corporation yang terletak di Kulim, Kedah.

BHP

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia berkata, “Kilang INOKOM Corporation di Kulim, Kedah, yang dizahirkan melalui kerjasama antara Sime Darby Berhad dan BMW Group Malaysia adalah antara 30 tapak produksi yang terdapat dalam 14 buah negara di seluruh dunia yang berfungsi bagi pihak BMW Group, dan ia merupakan titik sentuh yang penting bagi kami di rantau Asia Tenggara.”

MINI Countryman (24)

Ujar Hoelzl lagi, keupayaan untuk menawarkan sokongan dan khidmat bagi pasaran dalam rantau ini merupakan sebuah pencapaian yang mustahak – bukan sahaja untuk BMW Group, malah untuk Malaysia juga. Beliau berkata, “Kami membangunkan fasiliti pemasangan domestik di sini bersama dengan rakan kerjasama kami di peringkat tempatan, iaitu Sime Darby Berhad serta dengan jaringan pembekal tempatan kami yang lain atas matlamat untuk memberi sokongan kepada rantau ini dan pada hari ini, kami telah mengorak satu langkah yang penting ke hadapan.

MINI Countryman (48)

Inisiatif eksport yang diperkenalkan oleh BMW Group Malaysia di rantau Asia Tenggara mencontohi kejayaan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA). ATIGA menggalakkan perdagangan intra-ASEAN dan memastikan aliran bebas bagi barangan di ASEAN direalisasikan dan ia juga membantu BMW Group untuk memanfaatkan kilangnya di rantau ini dengan lebih efisien – lantas memberikan fleksibiliti kepada syarikat itu untuk memenuhi permintaan pasaran di peringkat domestik dan bagi tujuan eksport dengan lebih berkesan.

MINI Countryman (75)

Di Thailand, MINI Cooper S Countryman dijual pada harga THB2,299,000, bersamaan RM259,557, manakala Cooper S Countryman Hightrim pada harga THB2,499,000 bersamaan RM 282,137. Kedua-dua harga yang dinyatakan adalah termasuk cukai nilai tambah (VAT) dengan Pakej Standard MSI.

Previous post

Go Auto dan SIRIM Meterai Kerjasama Strategik

Next post

Pemandu Grab Terima Ganjaran Dari PROTON

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *