Berita Auto

Barisan Model Mercedes-Benz S-Class Facelift Dilancarkan di Malaysia

Mercedes-Benz Malaysia telah melancarkan barisan model S-Class facelift yang terdiri daripada S-Class limosin, S-Class cabriolet, S-Class coupe dan Mercedes-Maybach S-Class sebagai model paling mewah.

BHP

S 450 L AMG-Line

IMG_0458

Bagi model utama iaitu limosin, varian yang ditawarkan bagi pasaran Malaysia adalah S 450 L yang dikuasakan oleh enjin 3.0-liter V6 yang menghasilkan 367 hp dan 500 Nm. Dengan transmisi automatik 9G-Tronic, ia memerlukan 5.4 saat untuk memecut dari 0 hingga 100 km/j dan boleh mencapai kelajuan maksimum 250 km/j.

MercedesBenz_S450L_16

Dari segi kelengkapan, ia didatangkan dengan pakej AMG Line dengan rim aloi bersaiz 20 inci dan lampu utama Multibeam LED. Bahagian dalaman pula menampilkan upholseri kulit yang dipadankan dengan kemasan kayu eucalyptus pada papan pemuka. Antara ciri kemewahan yang disertakan adalah sistem audio Burmester serta lampu pencahayaan ambien dengan 64 pilihan warna.

MercedesBenz_S450L_27

Model ini turut didatangkan dengan sistem Intelligent Drive yang menawarkan pemanduan autonomi. Ia terdiri daripada ciri Active Distance Control DISTRONIC dan Active Steering Assist yang memberikan sokongan kepada pemandu dari segi jarak antara kereta di hadapan dan kawalan stereng.

MercedesBenz_S450L_03

Ditawarkan dalam versi pemasangan tempatan (CKD), S 450 L dijual pada harga RM699,888 atau RM705,888 dengan pilihan warna designo.

S 560 Cabriolet

IMG_0498

Bagi mereka yang gemarkan pemanduan dengan suasana lebih terbuka, Mercedes-Benz Malaysia turut membawa masuk model S 560 Cabriolet. Ia mempunyai 469 hp dan 700 Nm yang dibekalkan oleh enjin 4.0-liter V8 biturbo, sekaligus membolehkannya memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 4.6 saat.

MercedesBenz_S560_Cabriolet_14

Antara kelengkapan standard model ini adalah pakej luaran AMG Line dengan apron baru di depan dan belakng serta rim 20 inci. Seperti model coupe, lampu belakang S-Class Cabriolet mempunyai elemen OLED manakala lampu depan dihiasi kristal Swarovski.

MercedesBenz_S560_Cabriolet_19

Selain ciri Active Distance Control DISTRONIC dan Active Steering Assist, ia juga dilengkapi dengan dua paparan beresolusi tinggi bersaiz 12.3 inci setiap satu, butang kawalan sentuh pada roda stereng, serta sistem kawalan suara Linguatronic. Ciri Energizing yang ditawarkan secara pilihan menggabungkan fungsi kawalan iklim, tempat duduk, pencahayaan serta muzik untuk menaikkan mood penumpang.

MercedesBenz_S560_Cabriolet_06

Harga bagi S 560 Cabriolet bermula dari RM1.3 juta.

S 63 Coupe

IMG_0444

Model paling berkuasa dalam keluarga S-Class ini mempunyai ‘nadi’ 4.0-liter V8 biturbo yang menjana 612 hp dan 900 Nm. Dipadankan dengan transmisi AMG Speedshift MCT sembilan kelajuan, ia mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 4.2 saat. Kelajuan maksimum standard adalah 250 km/j namun jika dilengkapi dengan AMG Driver’s Package, jentera ini mampu mencecah 300 km/j.

AMG_S63_Coupe_15

Selain bentuk badan coupe, apa yang membuatkan ia berbeza dengan model S-Class yang lain adalah kit badan AMG dengan jeriji Pan Americana dan serta diffuser dengan muncung paip AMG di belakang. Bahagian kabin pula menampilkan kerusi sports, pedal penukar gear dan jam analog IWC.

AMG_S63_Coupe_23

Sistem suspensi S 63 terdiri daripada suspensi AMG Ride Control+ dengan peredam adaptif yang menawarkan tiga mod berbeza iaitu Comfort, Sport dan Sport+. Cakera brek pula bersaiz 390 mm dengan angkup enam omboh di depan, dan 360 mm di belakang. Stereng sensitif kelajuan dan sistem ekzos AMG Performance turut disertakan.

AMG_S63_Coupe_04

S 63 Coupe boleh didapati dengan harga RM1.46 juta.

Mercedes-Maybach S 560

IMG_0488

Sebagai ikon kemewahan dalam keluarga S-Class, S 560 ini menggabungkan kesempurnaan S-Class dan keeksklusifan Maybach. Ini bermula dari bawah hud, di mana terletaknya enjin 4.0-liter V8 biturbo yang menghasilkan 469 hp dan 700 Nm. Ini membolehkannya memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 4.9 saat.

Maybach_S560_11

Membuatkan ia lebih menonjol adalah jeriji dengan batang menegak yang diinspirasikan oleh sut serta logo Maybach yang terletak pada tiang C. Selain rim 20 inci, model ini juga boleh didapati dengan warna luaran dua tona dengan sembilan gabungan warna berbeza ditawarkan.

Maybach_S560_14

Dengan jarak roda berukuran 3,365 mm (20 cm lebih panjang berbanding S-Class Saloon), ruang dalaman S 560 dilengkapi dengan dua tempat duduk Executive dengan akses mudah kepada telefon dan sistem infotainment. Kemasan kulit Nappa dipadankan dengan jahitan kontras dalam pilihan warna emas, tembaga atau platinum, serta kemasan kayu Magnolia.

Maybach_S560_19

Aspek keselesaan model ini dipertingkatkan lagi dengan suspensi aktif Magic Body Control yang mempunyai ciri Road Surface Scan yang boleh ‘membaca’ keadaan permukaan jalan di hadapan dengan bantuan kamera. Magic Sky Control pula melahirkan suasana lebih luas menerusi bumbung panoramik yang boleh diaktifkan dengan hanya menekan butang.

Maybach_S560_3

Harga bagi Mercedes-Maybac S 560 bermula dari RM1.4 juta.

Previous post

PROTON Mencapai Jualan Sebanyak 8,102 Unit Bulan Julai Lalu

Next post

Honda RS150R Kini Dalam Warna Pearl Magellanic Black

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *