Berita Auto

Aston Martin Vantage Kini di Pasaran Malaysia

Aston Martin Kuala Lumpur secara rasminya telah melancarkan Aston Martin Vantage generasi kedua di Malaysia. Supercar yang direka berdasarkan kereta DB10 milik James Bond itu dijual pada harga bermula dari RM1.6 juta selepas duti.

BHP

Menggerakkan Vantage adalah enjin 4.0-liter twin-turbo V8 yang menghasilkan 510 PS dan 685 Nm tork. Digandingkan dengan transmisi automatik lapan kelajuan keluaran ZF, jentera ini mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 3.7 saat, dengan kelajuan maksimum 314 km/j.

?????????????????????????????????????????????????????

Buat pertama kalinya bagi pengeluar supercar British ini, Vantage dilengkapi dengan Electronic Rear Differential (E-Diff). Ia disambungkan kepada kawalan kestabilan elektronik, jadi sistem tersebut dapat memahami tingkah laku kereta dan bertindak balas dengan sewajarnya untuk menyalurkan kuasa enjin ke roda yang memerlukan.

?????????????????????????????????????????????????????

Casis Vantage adalah evolusi kepada struktur aluminium yang pertama kali digunakan pada model DB11, namun 70 peratus daripada komponen yang digunakan adalah baharu. Ia disokong oleh sistem peredam adaptif (ADS) dengan tiga mod pemanduan Skyhook iaitu Sport, Sport+ dan Track.

16 AMKL Vantage Launch

Bagi brek pula, Vantage didatangkan dengan cakera bersaiz 400 mm di hadapan dan 360 mm di belakang. Ia juga mendapat rim Y-spoke bersaiz 20 inci yang dibalut tayar Pirelli P Zero.

Aston_Martin_VantageLime_Essence22-jpg

Pelanggan tidak perlu pening kepala tentang perkhidmatan selepas jualan kerana ianya disediakan di pusat servis Aston Martin yang terletak di Sungai Buloh. Berukuran 4,000 kaki persegi, pusat itu menyediakan alat, teknologi dan kelengkapan terkini bagi memastikan pemilik sentiasa mendapat perkhidmatan yang diperlukan.

 

Previous post

Nissan GT-R50 Oleh Italdesign Terus Jelajah Dunia

Next post

Pusat 3S Proton Baharu Dibuka di Seksyen 13, Petaling Jaya

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *