Berita Auto

Aston Martin DB5 Bakal Dihasilkan Semula

Peminat filem James Bond pastinya kenal kereta Aston Martin DB5 yang muncul buat pertama kali dalam filem Goldfinger bersama Sean Connery sebagai pendokong watak utama.

BHP

Kini, selepas 43 tahun dihentikan produksi, kereta yang ikonik itu akan dihasilkan semula menerusi kerjasama antara Aston Martin dan EON Productions, syarikat yang menerbitkan francais filem penyiasat itu.

aston-martin-db5-continuation-series (1)

DB5 ‘baharu’ itu akan dibina berasaskan kereta yang digunakan pada tahun 1964 dengan beberapa modifikasi bagi memastikan ketahanan dan kualiti berada pada tahap tertinggi.

aston-martin-db5-continuation-series (3)

Bagi memastikan keasliannya, kereta tersebut akan turut menampilkan beberapa gajet berfungsi seperti plat nombor pendaftaran yang boleh bertukar. Ia akan dihasilkan bersama dengan penyelia kesan khas dari filem James Bond yang juga pemenang anugerah Oscar, Chris Corbould. Seperti model asal, DB5 Goldfinger ini akan ditawarkan dalam satu spesifikasi sahaja iaitu dengan warna Silver Birch.

aston-martin-db5-continuation-series (4)

Aston Martin akan menghasilkan 28 unit sahaja – 25 unit untuk dijual kepada pihak yang berminat, dua unit masing-masing untuk Aston Martin dan EON dan satu unit untuk lelongan amal.

aston-martin-db5-continuation-series

Bagaimanapun, mereka yang ingin mendapatkannya perlu mengeluarkan belanja yang agak besar iaitu $3.5 juta (RM14.3 juta) setiap satu. Penyerahan akan bermula pada tahun 2020.

 

Previous post

Isuzu Perkenal Jentera Concept X

Next post

Kami Ada Meramalkan Bahawa Kereta Kebangsaan Ke-3 Mungkin Lynk & Co

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *