Bisnes

12 Lagi Cawangan PROTON Diluluskan Bagi Status 3S Dan 4S

PROTON mengalu-alukan sejumlah 12 pengedar yang telah lulus untuk dinaiktaraf kepada status 3S dan 4S. Daripada jumlah ini, 6 daripada mereka adalah pengedar baharu.

BHP

Majlis menandatangani Penaiktarafan Rangkaian Pengedar dan Perjanjian Pengedar Baharu telah diadakan di Pusat Kecemerlangan PROTON. Abdul Rashid Musa, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar Sdn Bhd mewakili PROTON untuk menandatangani perjanjian tersebut. Turut hadir ialah Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dato’ Radzaif Mohamed, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON dan barisan Pengurusan Kanan PROTON

Photo 1 mm

Dengan pembukaan rasmi cawangan 3S dan 4S yang telah diadakan di daerah tengah baru-baru ini, PROTON berbesar hati mengumumkan bahawa 6 pengedar baharu juga telah mendaftar bersama PROTON untuk menubuhkan cawangan 3S dan 4S mereka di seluruh negara.

6 pelabur baharu yang hadir pada majlis tersebut ialah Victorange Sdn Bhd, Fook Loi Corporation (Sabah) Sdn Bhd (Kota Kinabalu), Fook Loi Corporation (Sabah) Sdn Bhd (Sandakan), Ming Heng Sdn Bhd, Grand Arena Automotive Sdn Bhd dan YS Autoworld Sdn Bhd.

Bagi Steven Tan Choon Teck, Pengarah Urusan Tian Siang Deluxe Auto Sdn Bhd, beliau percaya bahawa, “Untuk menukar persepsi orang ramai terhadap PROTON haruslah bermula dari pusat cawangan. Salah satu cara yang paling jelas adalah dengan meningkatkan penampilan dalaman dan luaran. Walau bagaimanapun, selepas perubahan ini dilaksanakan, apa yang penting seterusnya ialah dari segi penyampaian jualan dan khidmat selepas jualan yang baik yang boleh dirasai dan dialami oleh pelanggan. Untuk melaksanakannya, kita perlu beroperasi sebagai pusat sehenti. Yang paling penting, matlamat kami adalah untuk memastikan pelanggan gembira dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang mereka terima. Pelanggan yang gembira dan berpuas hati adalah mereka yang akan kembali semula kepada kita”.

Sehingga kini, sebanyak 93 cawangan telah diluluskan untuk dinaik taraf kepada 3S dan 4S, pencapaian 85% berbanding sasaran. Jumlah 16 cawangan ini adalah tambahan kepada sasaran sebanyak 109 cawangan, yang mana PROTON yakin mampu untuk mencapainya.

Photo 2 mm

Previous post

Pelancong Kumpul Saman Trafik RM183k di Dubai

Next post

Ini Dia Lynk & Co Sedan Baharu ... 03

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *