Berita Auto

Toyota Supra Bakal Ada Versi Empat Silinder?

Seperti yang kita tahu, Toyota Supra A90 yang masih lagi dalam fasa pembangunan dan ujian akan menampilkan enjin enam silinder sebaris buatan BMW. Bagaimanapun, satu laporan daripada Road & Track mendedahkan bahawa ia bukanlah satu-satunya enjin yang akan ditawarkan untuk kereta sports dua pintu itu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut dokumen yang diperoleh daripada pengeluar transmisi terkemuka iaitu ZF, Supra baharu akan turut didatangkan dengan enjin turbo 2.0-liter empat silinder (B48B20) dengan 265 PS, selain daripada versi 3.0-liter enam silinder (B58B30) yang mempunyai 340 PS. Kedua-dua enjin dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan.

Toyota supra a90 goodwood 2

Perkara ini disahkan sendiri oleh ketua jurutera Supra, Tetsuya Tada kepada Road & Track. Tada berkata bahawa versi empat silinder itu lebih ringan dengan pembahagian berat yang lebih baik dan pengendalian yang lebih tajam. Tambah beliau lagi, mereka yang merancang untuk memasukkan enjin 2JZ ke dalam Supra baharu harus mendapatkan versi empat silinder kerana ia lebih murah.

Selain itu, dokumen tersebut turut menyenaraikan BMW Z4 yang dibangunkan bersama dengan Supra. Model itu mempunyai spesifikasi enjin dan transmisi yang sama dengan Supra, kecuali ia dilihat mempunyai versi 3.0 yang lebih berkuasa dengan 381 PS.

Previous post

Naza Premira Henti Pengedaran Aprilia

Next post

BMW Concept X7 iPerformance Buat Kemunculan di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *