Motosikal / Lain Lain Roda

Suzuki RM-Z250 Dipertingkat Untuk 2019

Suzuki telah mendedahkan maklumat awal mengenai motocross terbarunya iaitu RM-Z250. Berinspirasikan RM-Z450 yang diperkenalkan baru-baru ini, model ini didatangkan dengan beberapa pembaharuan yang melibatkan casis dan enjin.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Bagi tahun 2019, jentera kelas MX2 (kelas kedua dalam Kejohanan Dunia Motocross) ini menampilkan rangka dan lengan ayun baharu. Kedua-dua ini dipadankan dengan fork gegelung serta penyerap hentak dan ‘linkage’ terkini.

Dari segi enjin, pengeluar motosikal dari Jepun itu menyatakan bahawa enjin RM-Z250 mempunyai kuasa dan tork yang lebih tinggi berbanding model sebelum ini. Ia juga didatangkan dengan Holeshot Assist Control versi terkini, serta Traction Management dan gear yang dipertingkatkan.

Suzuki RM-Z250 01

Jumlah kuasa dan tork yang lebih tinggi bermakna model ini juga mempunyai sistem brek baharu dengan cakera lebih besar dan tayar Dunlop yang lebih cengkam.

Maklumat lanjut mengenai model ini akan didedahkan pada bulan September ini, sebelum pelancarannya ke pasaran pada bulan Februari 2019.

Suzuki RM-Z250 03

Previous post

BMW Malaysia Memperkenalkan BMW Concept X7

Next post

Kastam: Kereta Biasa Tetap Kena SST

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *