Keselamatan

Subaru Outback Dengan EyeSight Masuk Pasaran Malaysia

TC Subaru Sdn Bhd, pengedar eksklusif kenderaan Subaru di Malaysia, telah melancarkan Subaru Outback baharu yang kini dilengkapi dengan teknologi bantuan pemandu EyeSight untuk pemanduan yang lebih meyakinkan. Model tersebut sedang dipertontonkan di acara Auto Fair 2018 dari 27 hingga 29 Julai.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Selain daripada EyeSight, Outback baharu turut menampilkan Stablex-Ride System yang mengurangkan gegaran badan serta memberikan stereng lebih stabil, dan X-Mode yang bertujuan mengawal enjin, pacuan semua roda S-AWD dan brek untuk pemanduan di atas pelbagai jenis permukaan.

Subaru Outback eyesight

Dari segi rekaan, model ini mempunyai bampar hadapan facelift dan jeriji heksagon yang memberikannya penampilan lebih agresif. Rim dengan rekaan turbin adalah ringan dan direka untuk memberikan prestasi aerodinamik yang lebih baik.

Bahagian kabin pula menampilkan pelbagai fungsi terkini seperti port USB pada konsol tengah belakang serta mikrofon tambahan untuk meningkatkan ciri pengenalan suara. Ia juga dilengkapi dengan system infotainment premium dengan skrin lapan inci, sambungan tekefon pintar serta fungsi Apple CarPlay dan Android Auto.

Subaru Outback tyre

Outback dikuasakan oleh enjin boxer 2.5-liter yang kini dilengkapi dengan alternator baharu yang bukan sahaja dikatakan dapat meningkatkan kecekapan bahan api, malah lapan peratus lebih ringan berbanding sebelum ini.

Enjin tersebut dipadankan dengan CVT dengan mod manual tujuh kelajuan. Menurut Subaru, rantai baharu yang digunakan dapat mengurangkan bunyi bising dari dalam kabin serta memperbaiki kecekapan bahan api sebanyak tiga peratus berbanding model sedia ada.

Subaru Outback interior 02

Aspek keselamatan turut diberi perhatian dengan penambahan ciri Steering Responsive Headlights yang membolehkan pancaran lampu bergerak mengikut stereng. Sementara itu, kamera pada bahagian bawah jeriji dan cermin sisi memudahkan pemandu untuk memeriksa keadaan sekeliling ketika memandu di ruang yang sempit.

Selain daripada warna-warna yang sedia, Outback juga boleh didapati dalam tiga pilihan warna baharu iaitu Wilderness Green Metallic, Crimson Red Pearl dan Oak Brown Pearl.

Subaru Outback 01

Harga atas jalan (OTR) bermula bagi model ini bermula dari RM246,188.40 tanpa insurans.

 

Previous post

Isuzu D-Max X-Series Model Edisi Terhad Yang Garang

Next post

Harga Minyak Dijangka Berganda Menjelang 2020 ...... Masa Untuk Berlektrik?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *