Uncategorized

Skim Pembiayaan ‘Lease2Go’ Mercedes-Benz – Tonton Video Penjelasannya!

Jika anda ada syarikat sendiri dan sedang terfikir-fikir hendak beli satu atau dua kereta syarikat kenapa tidak sewa saja. Ya. Mercedes-Benz ada Skim Pembiayaan ‘Lease2Go’ Mercedes-Benz.

Mercedes-Benz Services Malaysia Sdn Bhd (MBSM) menawarkan penyelesaian pembiayaan inovatif terkini, ‘Lease2Go’. Berfokus pada pemakaian dengan menghapuskan komitmen pemilikan, ‘Lease2Go’ membolehkan peminat Mercedes-Benz untuk memandu kenderaan Mercedes-Benz impian mereka dan bila habis kontrak, terus naik taraf ke model terbaru dengan mudah.

0e63e101-9149-45f5-972e-a8294eb0efca

Dengan ‘Lease2Go’, pelanggan mempunyai kawalan sepenuhnya untuk menyesuaikan pakej pembiayaan mereka dengan memilih tempoh diantara satu hingga empat tahun dan penggunaan perbatuan 20,000, 25,000 atau 30,000 km setahun. ‘Lease2Go’ juga membekalkan semua kos, seperti premium insurans dan cukai jalan, ke dalam pembiayaan bulanan tetap.

7660da5f-61c2-401b-b73a-288b6ac5f902

Dengan ‘Lease2Go’ pembiayaan dimulai dengan deposit keselamatan 2 bulan yang akan dipulangkan serta sewa sebulan. Selepas penetapan awal ini, pelanggan hanya membayar tempoh penggunaan kereta itu, berdasarkan tempoh pembiayaan yang dipersetujui. Pada akhir tempoh pembiayaan, kereta itu akan dikembalikan dan pelanggan mempunyai peluang untuk menaik taraf ke model Mercedes-Benz baharu.

BHP

Perlindungan Tayar dan Rim juga termasuk, memberikan perlindungan pelanggan tambahan. Pelanggan juga akan menikmati bantuan tepi jalan 24/7 sekiranya berlaku kecemasan pada bila-bila masa.

Untuk maklumat lanjut hubungi mana-mana peniaga sah Mercedes-Benz atau hubungi pusat khidmat pelanggan kewangan dan insurans Mercedes-Benz Services Malaysia di 1-800-88-1133.

fb5c70d6-291c-4b53-bff5-f34e137b9a0b 2

 

Previous post

Shell Rimula Baru Kini Dengan Spesifikasi API CK-4

Next post

Bosch Malaysia Melakar Prestasi Yang Stabil

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>