Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Scania Malaysia Naikkan Taraf Cawangan di Pelabuhan Klang 

Scania (Malaysia) Sdn. Bhd. secara rasmi melancarkan cawangannya di Pelabuhan Klang yang telah dinaik taraf untuk memperkukuh serta memberikan tahap perkhidmatan yang lebih cemerlang kepada para pelanggan di kawasan tersebut.

Bertempat di lokasi strategik berhampiran dengan Pelabuhan Utara, cawangan ini boleh diakses dengan mudah oleh pelanggan yang menghantar kenderaan Scania milik mereka untuk menjalani penyelenggaran berjadual mahupun kerja-kerja pembaikan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia Yang Berhormat Anthony Loke Siew Fook, Scania Malaysia Pelabuhan Klang meliputi kawasan seluas 1,343 meter persegi dan menawarkan 10 ruang kerja baharu, ruang membasuh kenderaan serta kren bagi memenuhi kehendak pelanggan yang semakin meningkat.

Kerja naik taraf berjumlah RM3.8 juta ini juga turut merangkumi penyediaan ruang menyambut tetamu, sebuah kafeteria, bilik pemandu serta pelbagai kemudahan lain seperti bilik mandi, bilik persalinan dan juga ruang solat demi memberikan tahap perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan, pemandu serta warga kerja Scania.

“Ianya penting bagi Scania untuk memperoleh kedudukan yang strategik di Pelabuhan Klang di mana pelbagai aktiviti perniagaan pengangkutan berlaku dengan pesat. Pelancaran Scania Malaysia Port Klang yang baru dipertingkatkan ini mempamerkan usaha berterusan kami untuk menambah baik tahap perkhidmatan kepada semua pelanggan. Kami berharap ini membolehkan mereka meraih manfaat serta keuntungan bukan sahaja di rantau ini malah di seluruh negara,” kata Marie Sjödin Enström, Pengarah Urusan Scania Rantau Asia Tenggara.

“Bagi membolehkan para pelanggan manfaat sepenuhnya daripada rangkaian kenderaan pengangkutan mereka, ianya penting untuk Scania memberikan sokongan tepat. Jadi akses yang mudah serta pengunaan alat ganti yang tulen merupakan keutamaan bagi pelanggan kami di mana sahaja. Alat ganti kami menambahkan nilai perniagaan para pelanggan kerana ia direka untuk memberikan prestasi terunggul, ketahanan, penjimatan dan keselamatan bahan api, serta mengurangkan kesan terhadap alam sekitar seperti kadar pembebasan tahap karbon” kata Marie selanjutnya.

Oleh kerana tempoh keupayaan kerja merupakan perkara yang amat penting bagi pengendali trak, Scania telahpun menambah bilangan ruang kerja sedia ada – menjadikan jumlah keseluruhan ruang kerja sebanyak 22 – demi memastikan pelanggan di kawasan ini mendapat khidmat nasihat, kerja penyelenggaran serta alat ganti yang terbaik apabila diperlukan bagi memacu perniagaan mereka.

Kerja-kerja penyelenggaran di Scania Pelabuhan Klang dikendalikan oleh 22 orang juruteknik berkemahiran tinggi, yang kini mampu menangani sejumlah 30 kenderaan sehari dengan kemudahan yang telah dinaik taraf. Sepertimana warga kerja Scania lain, juruteknik-juruteknik tersebut secara berterusan menjalani latihan formal dan latihan semasa kerja bagi mempertingkatkan tahap kemahiran, pengetahuan, profesionalisme serta kerja berpasukan demi memastikan mereka berupaya memberikan tahap perkhidmatan yang lebih unggul kepada pelanggan.

Berpegang kepada kepercayaan bahawa kaedah pengangkutan yang lestari adalah mengerakkan manusia dan barang disamping menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial tanpa menjejaskan kesihatan dan keselamatan manusia mahupun mengancam alam sekitar, pasukan Scania Pelabuhan Klang akan terus berusaha untuk memberikan kepada pelanggan kaedah penyelesaian khusus yang menjanjikan peningkatan kecekapan bagi seluruh proses aliran pengangkutan pelanggan.

CSW_0275 (1)

Previous post

Ford Ranger Terus Catat Permintaan Kukuh; Jualan Suku Kedua Naik 7.5 Peratus

Next post

Lotus Perkenal Dua Model Edisi Istimewa

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *