Motosikal / Lain Lain Roda

Saksikan Kemunculan Ducati Scrambler 1100 di Art of Speed 2018

Selain daripada pelbagai motosikal dan kereta custom, acara Art of Speed 2018 yang akan berlangsung di MAEPS Serdang pada hujung minggu ini turut akan menyaksikan kemunculan Ducati Scrambler 1100.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Diperkenalkan buat pertama kali di pertunjukan motosikal EICMA 2017 di Milan, Scrambler 1100 akan didatangkan dalam dua varian iaitu Special dan Sport.

2018-Ducati-Scrambler-1100-Special-15

Tidak seperti Scrambler yang menggunakan enjin 803 cc, Scrambler 1100 dikuasakan oleh enjin silinder V-berkembar bersesaran 1,073 cc yang menghasilkan 86 hp dan 88 Nm. Model ini menampilkan penggayaan retro yang diperkukuhkan lagi dengan rangka keluli trellis.

2018-Ducati-Scrambler-1100-Sport-20

Dari segi penampilan, varian Special didatangkan dengan rim spoke, fender aluminium, dan tempat duduk kulit berwarna coklat, manakala varian Sport dilengkapi dengan suspensi Ohlins dan rim aluminium.

2018-Ducati-Scrambler-1100-Sport-11

Ciri elektronik yang ada pada model ini termasuklah Ducati Safety Pack yang merangkumi ABS, Cornering ABS, Traction Control dan tiga mod tunggangan iaitu Active, Journey dan City.

 

Previous post

Toyota 86 TRD Special Edition Lebih Ligat

Next post

Kumpulan Naza Sumbang RM1,000 Kepada Tabung Harapan Malaysia Bagi Setiap Kereta Dijual

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *