Berita Auto

Proton Terus Eksport Gen2 dan Persona ke Timur Tengah

Setelah sekian lama Proton tidak menjalankan aktiviti mengeksport kereta, pengeluar automotif tempatan itu kini kembali mengeksport pada separuh kedua tahun 2018.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Proton hari ini meneruskan semula penghantaran kereta ke Timur Tengah yang merupakan penghantaran pertama dilakukan oleh syarikat itu sejak mula bekerjasama secara rasmi dengan Geely. Simbolik majlis pelepasan tersebut telah diadakan di pelabuhan Westports Malaysia dengan barisan kereta-kereta Proton yang telah bersedia untuk dimasukkan ke dalam kapal kargo Grand Diamond.

Photo 2

Kereta-kereta tersebut akan tiba di pelabuhan Aqaba di Jordan dan dari sana, ianya akan diedarkan ke Iraq dan negara-negara jiran yang lain. Penghantaran pertama terdiri daripada 453 buah kereta Proton Gen2 dan Persona yang mempunyai kedudukan kukuh di pasaran Timur Tengah. Keterujaan pada kereta-kereta ini terbukti apabila terdapat kelab pemilik-pemilik kereta yang aktif di rantau ini meskipun jumlah eksport yang sedikit dalam masa beberapa tahun yang lalu.

“Majlis ini merupakan titik permulaan buat Proton kerana kami kini meneruskan dan malah meningkatkan penghantaran kereta ke Timur Tengah bagi bulan-bulan akan datang. Ia juga merupakan penghantaran eksport pertama sejak perkongsian dengan Geely dan kami mengharapkan agar pasaran eksport ini menerima pandangan yang positif pada masa akan datang. Jadi, bersiap sedialah untuk lebih banyak pengumuman dari kami bermula pada Ogos tahun ini,” kata Dato’ Radzaif Mohamed, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

Previous post

Aksesori & Produk Penjagaan Kereta Terkini Di KLIMS'18

Next post

Honda HR-V Facelift Boleh Mula Ditempah

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *