Promosi

Promosi Merdeka Mitsubishi 2018

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, menawarkan promosi Merdeka khas untuk perayaan Merdeka 2018 yang akan datang!

Dari sekarang hingga akhir Ogos 2018, pelanggan yang menempah dan mendaftarkan Mitsubishi Triton baharu akan menikmati bonus Merdeka dan rebat GST bernilai sehingga RM15, 100!

Promosi Merdeka untuk semua varian Triton adalah seperti berikut:

Pelanggan yang menempah dan mendaftarkan Mitsubishi Outlander baru-Outlander 2.0-liter dan Outlander 2.4-liter akan mendapat bonus Merdeka dan rebat GST bernilai sehingga RM11,800 dan RM12,700 masing-masing. Mitsubishi Outlander kini agak laris dan stok adalah terhad jadi jangan tunggu lama-lama jika mahu.

Outlander 2.0-liter berharga RM132,108 dan Outlander 2.4 liter berharga RM146,276.

Akhir sekali, pelanggan yang menempah dan mendaftarkan SUV 2WD kompak Mitsubishi ASX baru, akan menerima bonus Merdeka dan rebat GST bernilai sehingga RM14,700. Pelanggan yang memilih untuk Mitsubishi ASX 4WD sebaliknya, akan menerima rebat Merdeka Bonus dan rebat GST bernilai RM15,500. Mitsubishi ASX 2WD berharga RM112,399, manakala Mitsubishi ASX 4WD berharga RM126,739.

Di samping itu, dari 18 Ogos hingga 22 September, pemilik Mitsubishi yang servis kereta mereka di pusat perkhidmatan Mitsubishi yang diberi kuasa akan menerima Thermos eksklusif apabila mereka berbelanja minimum RM400. Pemilik Mitsubishi juga layak untuk berjimat sehingga 25% ke atas bahan tambahan asli Mitsubishi.

Bukan itu saja! Mitsubishi Motors Malaysia akan menjadi tuan rumah acara pameran eksklusif bertajuk ‘New Hope New Ride’ dari 28 Julai – 2 September 2018. Pengunjung ke lokasi pameran ini akan menerima bonus Merdeka dan rebat GST apabila mereka membeli kenderaan Mitsubishi baharu, hadiah tempahan, hadiah memandu ujian, aktiviti yang menyeronokkan untuk seluruh keluarga dan jamuan ringan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Kindly find schedule below for the Mitsubishi ‘New Hope New Ride’ tour:

Jadual lawatan Mitsubishi ‘New Hope New Ride’:

Harga on-the-road (OTR) baru tidak termasuk harga insurans akan berkuat kuasa mulai 1 Jun 2018 dan seterusnya hingga GST akhirnya digantikan oleh cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Previous post

Kenapa, Siapa & Apa Sebabnya Kemalangan Maut Ini

Next post

Toyota Supra Membuat Debut Dunia di Goodwood Dalam Penyamaran

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *