Berita Auto

Porsche Macan Facelift Diperkenalkan

Tahukah anda bahawa Macan adalah model Porsche paling popular dengan jualan melebihi 350,000 unit sejak ia dilancarkan pada tahun 2014. Kini, SUV kompak itu telah diberikan penambahbaikan dari segi penggayaan, kelengkapan serta dinamik pemanduan bagi membolehkannya kekal sebagai model paling sporty dalam segmennya.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Perubahan reka bentuk paling ketara terletak di bahagian belakang, di mana Macan kini mempunyai jalur lampu LED tiga dimensi seperti yang dilihat pada Panamera generasi kedua. Selain daripada lampu LED yang didatangkan standard, bahagian hadapan model ini turut direka semula bagi membuatkan ia tampil lebih lebar.

2019-porsche-macan

Beberapa warna segar turut ditawarkan seperti Miami Blue, Mamba Green Metallic, Dolomite Silver Metallic dan Crayon. Pelanggan juga boleh memilih rim aloi bersaiz 20 dan 21 inci dengan rekaan terkini.

Menurut Porsche, Macan facelift ini mempunyai hubungan dengan model 911 dan 918 Spyder. Ini boleh dilihat pada roda stereng GT yang mempunyai butang Sport Response yang merupakan sebahagian daripada pakej Sport Chrono.

porsche-macan-2019 (2)

Model ini juga didatangkan dengan skrin sentuh bersaiz 11 inci (daripada 7 inci sebelum ini), modul Connect Plus dengan perkhidmatan digital seperti maklumat trafik masa sebenar dan navigasi dalam talian, serta aplikasi Offroad Precision untuk pemandu merekod dan menganalisa pemanduan off-road mereka.

Selain itu, ia juga mempunyai beberapa ciri keselesaan baharu seperti fungsi pemanas cermin penghadang angin hadapan dan ioniser untuk meningkatkan kualiti udara di dalam kabin.

2019-porsche-macan (1)

Ciri Traffic Jam Assist pula merangkumi sistem Adaptive Cruise Control yang membolehkan pemanduan lebih selesa dan santai pada kelajuan sehingga 60 km/j. Ciri ini bukan sahaja mengawal pecutan dan brek secara automatik, malah membantu mengawal stereng dalam kesesakan lalu lintas.

Tidak ketinggalan adalah casis Macan yang telah menerima ‘fine tune’ bagi menjadikannya lebih stabil dan selesa. Tidak seperti kebanyak SUV lain, Macan kekal dengan tayar berlainan saiz yang membolehkan pemandu menggunakan kelebihan Porsche Traction Management (PTM) sepenuhnya.

porsche-macan-2019 (1)

Porsche masih belum mendedahkan rangkaian enjin bagi Macan facelift, namun kami menjangkakan kehadiran enjin baharu yang lebih berkuasa dari sebelum ini.

 

 

Previous post

Mike Manley Pengganti Sergio Marchionne

Next post

Lamborghini Aventador SVJ Kereta Produksi Terpantas di Nurburgring!

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *