Pandu Uji

Pandu Uji: Volkswagen Golf Mk7.5

Jika bercerita tentang hatchback, nama Golf sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Reka bentuk yang ringkas tetapi menarik perhatian serta ciri pemanduan yang seronok dan terbukti menjadikan hatchback ini idaman orang ramai, termasuk penulis sendiri.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Baru-baru ini, pihak media diberi kesempatan oleh Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) untuk mencuba rangkaian model Golf facelift yang dilancarkan ke pasaran tempatan pada bulan Mac lalu. Model yang dikenali sebagai Mk7.5 ini didatangkan dalam tiga versi iaitu Golf TSI, Golf GTI dan Golf R sebagai varian paling berkuasa.

Volkswagen Golf 2018 Media Photos-13

Bagi Golf TSI, model entry-level ini kini boleh didapati dalam dua varian iaitu Sportline dan R-Line. Beza antara kedua-dua varian ini adalah pada tahap kelengkapan, di mana R-Line jelas lebih menggiurkan dengan kit badan sporty dan rim aloi 17 inci yang dibalut tayar bersaiz 225/45.

Volkswagen Golf 2018 Media Photos-60

Bukan itu sahaja, untuk perbezaan harga sebanyak RM14,000, R-Line juga didatangkan dengan lampu hadapan LED adaptif, upholsteri kulit Vienna dengan logo R-Line, kemasukan tanpa kunci, Cruise Control serta paparan info aktif bersaiz 12.3 inci seperti yang terdapat pada varian GTI dan R.

Volkswagen Golf 2018 Media Photos-18

Tiada perbezaan dari segi enjin dan transmisi, di mana varian Sportline dan R-Line dikuasakan oleh enjin TSI 1.4-liter empat silinder dan transmisi DSG tujuh kelajuan dengan 150 PS dari 5,000 hingga 6,000 rpm dan 250 Nm dari 1,500 hingga 3,500 rpm. ‘Differential lock’ elektronik XDS juga didatangkan standard pada kedua-dua varian ini, bermakna ia lebih lincah dan seimbang di selekoh.

Volkswagen Golf 2018 Media Photos-52

Bagi Golf GTI pula, model ini mempunyai ‘jantung’ TSI 2.0-liter empat silinder yang menghamburkan 230 PS pada 4,700 rpm (10 PS lebih tinggi berbanding model Mk7) dan 350 Nm dari 1,500 hingga 4,600 rpm. Ia masih mengekalkan transmisi DSG enam kelajuan, namun masa pecutan 0-100 km/j kini 0.1 saat lebih pantas berbanding sebelum ini iaitu 6.4 saat.’

Volkswagen Golf 2018 Media Photos-75

Model paling berkuasa iaitu Golf R juga dikuasakan oleh enjin turbo 2.0-liter, namun kuasa dan tork yang dihasilkan adalah lebih tinggi iaitu 290 PS pada 5,400 rpm dan 380 Nm dari seawall 2,000 hingga 5,400 rpm. Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi DSG tujuh kelajuan baharu yang menyalurkan kuasa menerusi sistem pacuan semua roda 4Motion. Kesemua ini memberikan perbezaan sebanyak 1.3 saat bagi pecutan 0-100km/j jika dibandingkan dengan GTI.

Volkswagen Golf 2018 Media Photos-27

Dalam perjalanan ke Johor Bahru bersama rakan-rakan media yang lain, kami sempat memandu Golf R-Line dan Golf GTI. Walaupun mempunyai enjin dan kuasa yang paling kecil dalam barisannya, Golf R-Line membuktikan yang ia sebenarnya cukup bertenaga dan boleh mengikuti konvoi pada kelajuan agak tinggi tetapi dengan syarat enjinnya perlu ‘diperah’ sedikit.

Volkswagen Golf 2018 Media Photos-35

Pendek kata, anda tidak akan merasa kecewa dengan hatchback Jerman ini, walaupun ia tidak sehebat saudaranya yang memakai lencana GTI dan R. Dari segi penampilan pun, Golf R-Line tidak ada masalah untuk menonjol ketika dikelilingi varian-varian lain dengan adanya kit badan dan warna Turmeric Yellow.

Volkswagen Golf 2018 Media Photos-16

Seperti yang diharapkan, Golf GTI membuatkan penulis tidak berhenti tersenyum dengan prestasi keseluruhannya yang lebih dari memuaskan. Di Jalan Lama Bukit Putus, hatchback ini menunjukkan kelebihan mempunyai ciri XDS+ dalam menghadapi permukaan jalan yang kurang rata serta selekoh-selekoh tajam dengan baik.

Volkswagen Golf 2018 Media Photos-78

Apa yang lebih menarik, penulis tidak perlu menukar mod Adaptive Chassis Control (DCC)daripada Normal kepada mod Sport untuk mengeksploitasi jalan tersebut. Jelaslah ia sememangnya dilahirkan untuk dipandu di jalan-jalan sebegini.

Volkswagen Golf 2018 Media Photos-62

Di lebuhraya, Golf GTI terasa sangat stabil dan meyakinkan, walaupun jarum speedometer melangkaui had kelajuan yang dibenarkan. Jentera ini tetap selesa biarpun dipandu agresif secara berterusan sehingga tiba ke destinasi.

Volkswagen Golf 2018 Media Photos-116

Pihak VPCM tidak ketinggalan untuk menyediakan aktiviti ‘autocross’ untuk pihak media mencuba Golf R. Hujan yang agak lebat pada awalnya membuatkan pemanduan lebih mencabar namun semua ini dipermudahkan dengan adanya sistem 4Motion. Secara asasnya, sistem tersebut berfungsi dengan menyalurkan kuasa ke roda belakang dalam situasi di mana tahap cengkaman adalah rendah, sekaligus mengembalikan kestabilan.

Volkswagen Golf 2018 Media Photos-115

Bagaimanapun, respon pendikit yang sangat cepat (terutamanya dalam mod Race) membuatkan penulis lebih berhati-hati ketika menjalankan aktiviti autocross. Tertanya pemandu perlu mempunyai kemahiran yang lebih tinggi untuk menikmati potensi model ini sepenuhnya. Bagi penulis, Golf GTI sudah memadai bagi pemandu yang masih dalam proses untuk mengasah kemahiran masing-masing.

Volkswagen Golf 2018 Media Photos-47

Sayangnya, biarpun sebagus mana Golf (sama ada TSI, GTI atau R), model yang mempunyai sejarah yang panjang ini masih lagi terpalit dengan masalah transmisi yang dialami oleh model sebelum ini. Tidak kurang dengan itu, ada juga pihak yang ragu-ragu dengan keupayaan VPCM untuk menyediakan perkhidmatan selepas jualan yang baik.

Volkswagen Golf 2018 Media Photos-69

Secara peribadi, penulis tidak boleh memberi jaminan bahawa model terbaru ini tidak mempunyai masalah, namun pihak VPCM ada menyatakan bahawa isu-isu sebelum ini telah diatasi dan mereka mempunyai data untuk membuktikannya.

Volkswagen Golf 2018 Media Photos-114

Berkenaan perkhidmatan selepas jualan, penulis pasti yang Volkswagen, seperti juga pengeluar-pengeluar lain, sentiasa berusaha untuk memperbaiki mutu perkhidmatan mereka. Sebagai contoh, syarikat itu dijangka akan membuka pusat alat ganti bagi pasaran Asia Pasifik di Johor pada tahun ini.

Previous post

Kastam: Kereta Biasa Tetap Kena SST

Next post

Jualan Groupe PSA Worldwide Naik 38.1% Separuh Pertama 2018

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *