Promosi

Nissan Serena S-Hybrid Serba Baharu Catat 4,000 Tempahan

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) hari ini mengumumkan bahawa Nissan Serena S-Hybrid serba baharu yang popular telah melangkaui jangkaan apabila menerima 4,000 tempahan setakat 30 Jun 2018 dengan 1,900 unit telah didaftarkan dalam tempoh hanya 7 minggu selepas ia dilancarkan secara rasmi.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

“Penerimaan pasaran yang positif membuktikan bahawa Nissan Serena S-Hybrid serba baharu ialah sebuah MPV yang popular di Malaysia. Keputusan ini memberi semangat kepada kami. Justeru, kami telah meningkatkan produksi serta bekerjasama rapat dengan pembekal alat ganti tempatan, bagi memastikan produk dan kenderaan berkualiti dapat diserahkan kepada pelanggan tepat pada masanya,” kata Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan.

?????

Kempen “Joyful Tax Holiday”, Nissan Almera 1.5L VL kini hadir dengan pakej aksesori istimewa

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) telah memperkenalkan kempen “Joyful Tax Holiday” pada Julai pada kadar GST 0% dan Penjimatan Duit Raya.

Screen Shot 2018-07-06 at 7.49.53 PM* Di atas jalan tidak termasuk insurans, sah untuk pendaftaran peribadi individu di Semenanjung Malaysia. Promosi untuk varian lain turut ditawarkan. Sehingga stok masih ada.

?????

Bukan itu sahaja, pelanggan boleh membeli varian Almera 1.5L VL yang kini hadir dengan pakej aksesori istimewa bernilai RM 8,955.66*. Pakej aksesori yang baru diperkenalkan ini merangkumi NISMO Aerokit yang sporty, skrin sentuh bersaiz 7 inci dengan ketersambungan telefon pintar, WI-FI, navigasi dan kamera undur, perakam video pemanduan, tempat duduk kulit dan tinted Solar Gard.

?????

Pandu uji Nissan Serena S-Hybrid serba baharu serta model-model inovatif Nissan yang lain di Karnival Pandu Uji Nissan yang diadakan di bilik pameran dan siri jelajah Nissan terpilih di seluruh negara.

?????

Tarikh dan lokasi Karnival Pandu Uji Nissan di seluruh negara adalah seperti berikut:

Tarikh Wilayah Lokasi
7 – 8 Julai Utara ETCM Butterworth
Pantai Timur ETCM Kuantan
Tengah ETCM Petaling Jaya
Selatan ETCM Johor Jaya
Sarawak ETCM Kuching
Sabah Imago KK Times Square, KK
13 – 14 Julai Pantai Timur ETCM Kota Bharu
Sarawak ETCM Bintulu
14 – 15 Julai Utara ETCM Ipoh
Tengah ETCM Jalan Raja Laut
Selatan ETCM Seremban
Sabah ETCM Tawau

Tarikh dan lokasi siri jelajah adalah seperti berikut:

Tarikh Wilayah Lokasi
6 – 8 Julai Sabah Imago KK Times Square, Kota Kinabalu
Selatan Mahkota Parade, Malacca
19 – 22 Julai Utara Ipoh Parade, Ipoh
26 – 29 Julai Utara Queensbay Mall, Penang
Pantai Timur East Coast Mall, Kuantan
27 – 29 Julai Tengah Setia Alam Convention Centre, Selangor

Nissan Nurtures Nature - ECO CornerNissan Nurtures Nature – siri kedua di Sabah dan Sarawak

Siri kedua kempen Nissan Nurtures Nature akan diadakan pada 7 dan 8 Julai 2018 bersama Karnival Pandu Uji Nissan secara eksklusif di ETCM Kuching dan Imago KK Times Square, Kota Kinabalu.

Nissan Nurtures Nature merupakan satu siri aktiviti mesra alam yang penuh interaksi dan menyeronokkan, ia bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap usaha meminimumkan impak alam sekitar dengan memupuk gaya hidup yang lebih mapan. Siri ini akan menyaksikan pelbagai aktiviti bertumpu kepada tiga falsafah alam sekitar 3R: Reduce (mengurangkan), Recycle (kitar semula) dan Reconnect (berhubung semula):

  • Reduce – Aktiviti menanam pokok-pokok herba; menjadikan kediaman lebih hijau untuk mengurangkan Karbon Dioksida (CO2) dan menghasilkan lebih banyak Oksigen (O2).
  • Recycle – Menukar bahan buangan menjadi sesuatu yang boleh digunakan; satu pameran menunjukkan penggunaan tayar terpakai boleh ditukar menjadi perabot yang menarik
  • Reconnect – Menikmati keindahan semula jadi membolehkan ketenangannya menyegarkan kembali serta memberi tenaga kepada tubuh badan serta minda. Satu siri Eco Talk oleh pihak aktivis eco akan mendidik pemilik serta pelanggan tentang kenapa dan bagaimana kita boleh memainkan peranan dalam menyumbang kembali kepada alam sekitar.

Tarikh dan lokasi Nissan Nurtures Nature adalah seperti berikut:

Tarikh Masa Wilayah Lokasi
7 – 8 Julai 10am – 8pm Sarawak ETCM Kuching
Sabah Imago KK Times Square, Kota Kinabalu* Sesi Eco Talk hanya diadakan pada 7 Julai dari 4pm hingga 5pm, pra-pendaftaran diperlukan

Orang ramai boleh mendapatkan lebih banyak maklumat dan kemas kini tentang kempen Nissan Nurtures Nature di laman web: www.nissan.com.my. Pemilik kenderaan Nissan yang ingin menghadiri sesi Eco Talk boleh menghubungi Jabatan Perhubungan Pelanggan ETCM di talian 03-4047 8788 atau hantarkan e-mel ke crd@tanchonggroup.com. Penyertaan adalah berdasarkan kepada siapa cepat dia dapat.

Maklumat lanjut, sila layari laman web www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan ETCM di talian: 1800-88-3838.

* Tertakluk kepada terma

Nissan Nurtures Nature - Herbs planting activity

 

 

  

Previous post

Jualan PROTON Pada Bulan Jun Meningkat Sebanyak 50%

Next post

Selamat Tinggal E350e. Helo E300 AMG Line.

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *