Berita Auto

Nissan GT-R Generasi Seterusnya Akan Jadi Kereta Super Sports Terpantas Dunia

Dalam satu temubual dengan Autocar, ketua reka bentuk Nissan, Alfonso Albaisa mendedahkan bahawa syarikat itu sedang di peringkat awal untuk membangunkan GT-R generasi seterusnya.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut Albaisa lagi, model itu juga akan menjadi “kereta super sports paling pantas di dunia” dengan identiti visual yang tersendiri, tanpa sebarang pengaruh dari model GT-R50 yang telah membuat kemunculan di acara Goodwood Festival of Speed baru-baru ini.

Bagaimanapun, Albaisa dan pasukannya belum boleh memulakan kerja dengan serius sehinggalah keputusan mengenai enjin dan platform dimuktamadkan. Elektrifikasi mungkin akan menjadi sebahagian daripada sistem pacuan jentera baharu tersebut, tetapi perkara ini masih belum dapat disahkan.

Antara sistem pacuan elektrik yang boleh digunakan oleh Nissan adalah daripada jentera lumba LMP1 GT-R yang dibangunkan untuk Kejohanan Endurance Dunia 2016. Sistem itu merangkumi gabungan enjin 3.0-liter twin-turbo V6 dan sistem elektrik hibrid, namun ia tidak digunakan setelah projek tersebut dibatalkan.

 

Previous post

Pusat Proton 3S Yang Baharu Diubahsuai di Shah Alam

Next post

Ariel Atom Kini Dengan Jantung VTEC Turbo!

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *