Motosikal / Lain Lain Roda

Naza Premira Henti Pengedaran Aprilia

Dalam satu kenyataan rasmi, Naza Premira mengumumkan bahawa ia memberhentikan operasi sebagai pengedar Aprilia berkuatkuasa 31 Julai ini. Menurut syarikat itu, keputusan tersebut dibuat selepas mencapai kata sepakat dengan pihak Aprilia sendiri.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Keputusan itu juga merupakan hasil pelan rasionalisasi penjenamaan di bawah strategi korporat keseluruhan Kumpulan Naza bagi memastikan kemampanan dan keuntungan jangka panjang jenama dua roda dan empat roda yang lain, selari dengan permintaan pasaran kini.

Bagaimanapun, Naza Premira akan terus menawarkan khidmat jualan, servis, alat ganti dan jaminan kepada pelanggan Aprilia sehingga 30 September ini. Syarikat itu juga akan terus mewakili jenama Piaggio dan Vespa di negara ini.

Previous post

Proton 1-Tank Adventure: Sejauh Mana Anda Boleh Pergi Dengan Setangki Minyak?

Next post

Toyota Supra Bakal Ada Versi Empat Silinder?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *