Berita Auto

MINI Malaysia Memperkenalkan MINI Terbaharu

MINI Malaysia, jenama automotif kompak premium yang tercanggih di dalam negara pada hari ini telah memperkenalkan MINI Terbaharu buat julung kalinya bagi generasi Malaysia Baharu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ketua Komunikasi Korporat BMW Group Malaysia, Sashi Ambi berkata, “Mini Terbaharu melambangkan kecemerlangan teknologi serta reka bentuk yang terkini bagi sebuah jenama kereta yang mempunyai tarikan ikonik dan yang mampu menjangkaui generasi sejak tahun 1959. MINI generasi terbaharu ini merupakan teman yang sempurna untuk anda meneroka setiap pelosok negara baharu dan progresif ini dengan kemudahan yang tiada tandingannya, ia merupakan kesinambungan antara keperluan moden dan premium dengan penggayaan yang menawan.

2 The New MINI 3 DoorKidd Yam, Ketua MINI Malaysia pula berkata, “Semenjak generasi ketiga MINI diperkenalkan pada tahun 2014, kita telah menyaksikan penjualan lebih daripada 1,500 unit kenderaan di Malaysia, yang merangkumi lebih daripada separuh berbanding kesemua jualan yang dicatat bagi kenderaan MINI di dalam negara. Warga Malaysia sememangnya menggemari keghairahan pemanduan ala go-kart yang merupakan antara ciri utama jenama MINI; kombinasi penambahbaikan moden dan terbaharu yang dibangunkan secara harmoni ke atas reka bentuk kompak premium jentera ikonik ini tampak lagi memikat.”

2. The New MINI 3 Door

Mini yang pertama dihasilkan pada tahun 1959 dan sekali gus menjadi sebuah ikon reka bentuk yang mempunyai tarikan seakan-akan selebriti dalam sejarah budaya pop dan permotoran. Dengan rupa parasnya yang menarik, serta pengalaman pemanduan yang luar biasa dan kemudahan yang datang bersamanya, Mini tersebut dicipta melalui penggunaan ruang yang kreatif, disertakan dengan pengalaman pemanduan ala go-kart, dan reka bentuk yang mempunyai impresi tersendiri sehingga ke hari ini.  3. The New MINI 3 DoorDi samping itu, buat julung kalinya di rantau Asia Tenggara, MINI Malaysia telah memperkenalkan MINI Yours Customised Accessories yang pernah menggarap beberapa anugerah, dan ia membolehkan beberapa komponen seperti ketutup sisi (side scuttles), fascia kokpit, Kemasan Ambang Pintu LED (LED Door Sills Finishers) dan Projektor Pintu LED (LED Door Projector) untuk dihasilkan mengikut spesifikasi peribadi pelanggan. Penawaran pengubahsuaian yang unik ini telah mendapat pengiktirafan berupa pingat Emas dari German Design Council sempena Anugerah Inovasi Jerman yang berprestij diadakan baru-baru ini; penawaran pengubahsuaian tersebut digelar sebagai ‘individualisasi aras baharu’. MINI Yours Customised Services boleh direka suai dan dipesan melalui www.yours-customised.mini; pilihan merangkumi pelbagai warna, bentuk, permukaan dan ikon serta tulisan yang boleh dimasukkan ke dalam rekaan tersebut.

17. MINI Yours Customised - LED Door Projector

19. MINI Yours Customised - Side SillLogo MINI yang klasik juga disegarkan semula untuk kesemua model kenderaan ini melalui modifikasi yang samar dan kontras yang lebih tajam. Kini, logo asal yang diinterpretasikan semula menampilkan “rekaan rata” dua dimensi yang mencerminkan identiti jenama tersebut dan memfokuskan ciri-ciri utamanya – keseronokan memandu, reka bentuk yang tersendiri, kualiti premium dan tarikan yang emotif. Selain itu, dengan Projeksi Logo MINI, pemandu kini akan disambut dengan logo baharu MINI yang akan dipancarkan ke atas permukaan lantai setiap kali mereka memasuki atau keluar dari jentera MINI mereka.

18. MINI Yours Customised - Side Scuttles 14. The New MINI Logo

Keseronokan dan Keselesaan Memandu Dipertingkatkan dengan Kelengkapan Tujuh Gear.

MINI Cooper S 3 Pintu Terbaharu dan MINI Cooper S 5 Pintu Terbaharu merupakan antara MINI yang pertama dalam famili kenderaan ini yang akan dilengkapi dengan Transmisi Dwi-Klac 7-Kelajuan dan penukar gear elektronik.

5. The New MINI 5 Door

Transmisi Dwi-Klac 7-Kelajuan Steptronic Sports merangkumi dua sub-transmisi untuk memastikan tiada kelengahan dan menjamin keselesaan apabila penukaran gear dilakukan. Dengan sub- transmisi 1 yang di laraskan bagi gear 2, 4, 6 dan gear undur, serta sub- transmisi 2 bagi gear 1, 3, 5, dan 7, efisiensi yang optimum dapat dikecapi melalui sub- transmisi masing-masing kerana setiap gear yang bakal ditukar akan dipastikan telah bersiap sedia dalam status ‘pra-aktif’. Jenis transmisi baharu ini dibantu sepenuhnya oleh fungsi mekanikal penukar tork. Gear yang diperluas dan ruang penukaran gear yang lebih besar juga menyumbang kepada kadar penggunaan minyak dan emisi CO2 yang lebih rendah. Tambahan lagi, tuil pemilih elektronik yang baharu juga memastikan gear kembali ke posisi asalnya selepas penukaran antara mod memandu D, posisi neutral N dan mod undur dilakukan.

12. The New MINI - Electronic Gear ShifterMINI Cooper S 3 Pintu Terbaharu dan MINI Cooper S 5 Pintu Terbaharu dikuasakan oleh Enjin Turbo TwinPower 2.0-liter 4-Silinder MINI. Kedua-duanya boleh menjana 192 kk (kuasa kuda) dan tork sebanyak 280 Nm, dengan kelajuan yang boleh mencecah 235 km/j.

4 he New MINI 3 Door

MINI 3 Pintu Terbaharu boleh mencapai kelajuan dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 6.7 saat dengan kombinasi emisi CO2 sebanyak 125 g/km, serta kombinasi penggunaan minyak sebanyak 5.5 l/100km. Sementara itu, MINI 5 Pintu pula boleh memecut dari kelajuan 0 hingga 100 km/j dalam masa 6.8 saat. Kombinasi emisi CO2 MINI 5 Pintu tersebut ialah 128 g/km, manakala kombinasi penggunaan minyak pula terdiri pada kadar 5.6 l/100km.

HyperFocal: 0MINI 3 Pintu Terbaharu.

MINI 3 Pintu Terbaharu tampil dengan roda Cosmos Spoke 17” berwarna Hitam, saduran istimewa cat hitam memberikan kereta tersebut rupa paras yang lebih dinamik lantas menonjolkan efek kemasan glos yang tinggi serta warna hitam yang gelap pada bahagian rim.

9. The New MINI 3 Door & The New MINI 5 Door

MINI 3 Pintu yang Baharu mengutamakan kecanggihan digital melalui Paparan Skrin Sentuh dengan Navigasi, iaitu sebuah skrin resolusi tinggi pada Instrumen Pusat MINI (MINI Centre Instrument) yang menyediakan lambakan informasi di hujung jari anda. MINI 3 Pintu didatangkan dengan paparan 6.5” yang boleh dioperasikan dengan MINI Controller atau skrin sentuh. Untuk mempertingkatkan penawaran teknologi, MINI 3 Pintu mempunyai fungsi MINI Connected yang akan membolehkan pemilik kenderaan ini untuk mengintegrasi telefon pintar, aplikasi telefon pintar dan Aplikasi MINI Connected ke kenderaan MINI mereka. Aplikasi MINI Connected tersebut membolehkan pemilik kenderaan memeriksa Tahap Penggunaan Minyak (Fuel Consumption), Jarak Penggunaan Minyak (Fuel Range) dan Lokasi Terakhir yang Diketahui (Last Known Location) dengan mudah.

11. The New MINI - InteriorCabaran untuk mengundur masuk atau keluar dari ruangan yang sempit kini tidak perlu dikhuatirkan lagi kerana MINI 3 Pintu Terbaharu dilengkapi dengan Kamera Pandangan Belakang (Rear View Camera). Ia merupakan komplemen terhadap Pengawal Jarak Parkir (Park Distance Control), kamera tersebut dapat memberikan gambaran yang jelas di bahagian belakang kereta, serta menyediakan garis panduan untuk memudahkan pengendalian.

13. The New MINI - Illuminated Cockpit

Ruangan dalaman MINI 3 Pintu pula dilengkapkan dengan pencahayaan MINI Yours Illuminated Cockpit. Paparan akan dihidupkan dengan pencahayaan lambang Union Jack, menampilkan 12 warna yang boleh disesuaikan mengikut mood pemandu. Kemasan ruangan dalaman MINI 3 Pintu Terbaharu ini memberikan keselesaan dan sofistikasi melalui sulaman Leather Cross Punch dalam warna Hitam (Carbon Black).

7. The New MINI 3 Door & The New MINI 5 Door

MINI 3 Pintu Terbaharu tampil dengan tujuh warna – Merah (Chili Red), Putih (Pepper White), Oren (Solaris Orange), Perak (White Silver), Biru (Starlight Blue), Kelabu (Thunder Grey) dan Hijau (British Racing Green) dipadankan dengan Bumbung Hitam. Alternatifnya, Merah (Chili Red) juga boleh dipadankan dengan Bumbung Putih.

8. The New MINI 3 Door & The New MINI 5 DoorMINI 5 Pintu Terbaharu.

Kesemua roda yang dipasang pada MINI 5 Pintu pula tampil dengan roda John Cooper Works Track Spoke 17” yang berwarna hitam dengan efek glos tinggi, ia dicipta secara eksklusif untuk memberi sokongan berat yang optimum; ia juga dilengkapi dengan tayar run-flat. Lagi satu ciri menarik ialah kit Aerodinamik John Cooper Works yang dimuatkan di MINI Baharu ini. Ia menampilkan spoiler belakang yang menawan, sementara memastikan kuasa kenderaan tersebut difokuskan di landasan yang betul – iaitu di atas jalan raya.

16. The New MINI - Rear Tail Lights

Seperti MINI 3 Pintu, komponen digital yang terdiri daripada MINI Connected, Skrin Sentuh dengan Navigasi yang mempunyai paparan 6.5”, serta Kamera Pandangan Belakang juga datang bersama jentera Terbaharu MINI 5 Pintu. Berkenaan dengan kemasan ruangan dalaman, MINI 5 Pintu menawarkan penggayaan Leather Cross Punch Carbon Black dan Black Chequered Interior Style.

15. The New MINI - LED HeadlightsMINI 5 Pintu tampil dengan enam warna – Merah (Chili Red), Putih (Pepper White), Kelabu (Emerald Grey), Perak (White Silver), Biru (Starlight Blue) dan Hijau (British Racing Green) dipadankan dengan Bumbung Hitam. Merah (Chili Red) juga boleh dipadankan dengan Bumbung Putih. 20. MINI Yours Customised - Trim

Bantuan Tepi Jalan MINI.

Model Terbaharu MINI dilindungi oleh program Bantuan Tepi Jalan (Roadside Assistance) selama 5 tahun yang ditawarkan oleh MINI Malaysia. Ia boleh didapati untuk kesemua kenderaan MINI baharu dan merangkumi servis-servis komprehensif seperti Bantuan Kemalangan 24-Jam, 365-hari-setahun, Bantuan melalui Telefon serta Talian Kecemasan (On the Spot Hotline), Servis Penundaan Percuma dan sekiranya perlu (lebih daripada 200 KM dari tempat kediaman), Kenderaan Ganti, Mobiliti Lancar (Seamless Mobility), Akomodasi, Solusi Servis Mobiliti serta servis Repatriasi.

Program Bantuan Tepi Jalan (Roadside Assistance) MINI boleh dicapai melalui talian 1800-88-8808.

Servis Atas Talian MINI.

Kini, anda boleh membuat temu janji servis dengan lebih mudah. Program servis atas talian yang baharu kini membolehkan pelanggan untuk menjadualkan servis yang mereka perlukan secara terus di Pengedar Sah MINI melalui https://service.mini.my

Model-model kenderaan MINI Terbaharu boleh didapati melalui pengedar sah MINI di seluruh negara bermula dari 14 Julai 2018. Maklumat lanjut mengenai MINI Terbaharu boleh didapati di www.mini.my.

10. The New MINI 3 Door & The New MINI 5 Door

 

Previous post

Honda PCX 150 2018 Masuk Pasaran Malaysia - RM10,999

Next post

Ford Ranger Terus Catat Permintaan Kukuh; Jualan Suku Kedua Naik 7.5 Peratus

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *