Cerita Auto

Lotus Perkenal Dua Model Edisi Istimewa

Lotus dan model edisi terhad atau istimewa sememangnya tidak dapat dipisahkan. Terbaru, syarikat itu telah memperkenalkan dua model edisi istimewa bagi menyambut ulang tahunnya yang ke-70 iaitu Exige Type 49 dan Exige Type 79.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Selain dari ulang tahun kelahiran jenama itu, Exige Type 49 turut menandakan 50 tahun sejak Graham Hill memenangi Kejohanan Dunia bagi pemandu dan pembina dengan jentera Lotus Type 49, manakala Exige Type 79 pula meraikan kejayaan sama yang dicapai oleh Mario Andretti 40 tahun lalu.

lotus-exige-type-49-79-special-editions (4)

Menurut Lotus, kedua-dua model ini juga telah berjaya merekodkan masa terpantas bagi kategori kereta jalanan di litar ujian Hethel dengan catatan 1 minit 24.8 saat.

lotus-exige-type-49-79-special-editions (2)

Dibina berasaskan model Exige Cup 430, Exige Type 49 dan Type 79 dikuasakan oleh enjin 3.5-liter V6 yang dilengkapi dengan supercharger dan chargecooler. Enjin tersebut menghasilkan 424 hp pada 7,000 rpm dan 400 Nm dari 4,000 rpm, membolehkannya memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 3.3 saat dengan kelajuan maksimum 290 km/j.

lotus-exige-type-49-79-special-editions (3)

Didatangkan dalam warna merah (Type 49) dan hitam (Type 79) dengan jalur berwarna Championship Gold, kedua-dua model ini turut menampilkan komponen gentian karbon seperti splitter depan, ambilan sisi, panel bumbung, spoiler dan diffuser belakang.

lotus-exige-type-49-79-special-editions (1)

Kelengkapan lain termasuklah peredam Nitron, anti-roll bar Eibach, angkup brek AP Racing serta tayar Michelin Pilot Sport Cup 2 bersaiz 215/45 ZR17 di depan dan 285/30 ZR18 di belakang.

Previous post

Scania Malaysia Naikkan Taraf Cawangan di Pelabuhan Klang 

Next post

BMW M2: Turun 60 Kilo

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>