Berita Auto

Kerajaan Mungkin Kenakan Syarat Baru Ke Atas Kenderaan Import

Akhbar The Sun hari ini melaporkan bahawa kerajaan Malaysia mungkin akan mengenakan syarat-syarat baru ke atas kenderaan import bagi mengutamakan jenama tempatan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kereta buatan asing diimport ke dalam negara secara bebas tanpa sebarang syarat dan ini menjadikan keadaan sukar bagi pengeluar kereta tempatan. Tambah beliau lagi, keadaan ini berbeza di luar negara di mana pelbagai syarat dikenakan ke atas kereta import.

Bercakap di Dewan Rakyat, Mahathir berkata “Kita kini sangat terbuka untuk menerima jenama asing. Semua kereta, walaupun yang diperbuat daripada ‘tin Milo’, dibenarkan masuk ke Malaysia. Tetapi sukar untuk kereta kita menembusi (pasaran) negara lain.”

mercedes-benz_c63_amg_1-620x350

Persoalannya, sejauh manakah kebenaran kenyataan tersebut? Betulkah kereta import boleh dijual di negara ini sewenang-wenangnya tanpa sebarang syarat atau kelulusan? Kerana setahu kami, Malaysia mempunyai garis panduan Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) tersendiri bagi setiap kereta yang dijual di dalam negara, sama ada ianya dipasang secara tempatan (CKD) atau diimport sepenuhnya (CBU). Anda boleh rujuk sendiri garis panduan tersebut di sini.

Satu lagi persoalan, adakah dengan mengenakan syarat-syarat baru ke atas kenderaan import dapat membantu mengutamakan pengeluar-pengeluar kereta tempatan? Mungkin tidak semudah itu. Apa pendapat anda?

Previous post

Gabungan Kuasa Diesel dan Kemewahan

Next post

Jaguar I-Pace Elektrik Cabar Mercedes-Benz Mewah Sebagai Teksi Bandar Munich

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *