Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Jaguar I-Pace Elektrik Cabar Mercedes-Benz Mewah Sebagai Teksi Bandar Munich

Pengeluar kereta premium British (milik Tata Group) baru sahaja menyerahkan 10 unit SUV elektrik penuh USD82,733 kepada pengendali teksi terbesar Munich pada Isnin. “Kami mahu menjemput orang di Munich untuk memandu elektrik, tetapi juga memandu Jaguar,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Jaguar Land Rover, Ralf Speth dalam temu bual. “Salah satu sebab yang kami mahu berada di sini adalah lalu lintas bercampur di mana anda mendapat trafik bandar, di sisi yang lain, anda mempunyai autobahn ke lapangan terbang.” Kenderaan, dengan jarak pemanduan sejauh 480 km (298 batu) , adalah sebahagian daripada dorongan oleh bandar Munich, yang merupakan kampung halaman BMW, untuk mengurangkan pencemaran udara. Tunggangan akan dibuat lebih murah dengan subsidi 20-per-kilometer daripada perbandaran.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Mercedes-Benz menyumbang kira-kira 60% teksi Jerman, dengan pemandu kebanyakannya memilih sedan USD46,200 E-class. Mercedes-Benz tidak akan menyampaikan crossover EQ C elektriknya sehingga tahun depan. Walhal … sekali lagi, Munich adalah kampung halaman untuk BMW.

 

Previous post

Kerajaan Mungkin Kenakan Syarat Baru Ke Atas Kenderaan Import

Next post

SUV Peugeot 3008 Semua Baharu Habis Dijual Buat Masa Sekarang

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *