Cerita Auto

Isuzu D-Max X-Series Model Edisi Terhad Yang Garang

Isuzu Malaysia telah memperkenalkan D-Max X-Series edisi terhad yang boleh didapati dalam varian 2.5L dan 3.0L. Ia akan berada di bilik pameran Isuzu di seluruh negara bermula minggu pertama bulan Ogos ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Apa yang membuatkan X-Series lain daripada versi yang lain adalah penampilan lebih sporty dengan skirting depan dan belakang serta spoiler kargo di belakang.

Isuzu D-Max X-Series 04

Boleh didapati dalam warna Stallion Black Metallic dan Silky Pearl White, ia juga didatangkan dengan logo Isuzu berwarna merah pada jeriji hadapan dan serta jalur berkembar berwarna kelabu pada bahagian bonet dan tailgate.

Isuzu D-Max X-Series 06

Di dalam, D-Max X-Series menampilkan upholsteri kulit berwarna merah dan hitam yang dipadankan dengan lampu pencahayaan merah.

Isuzu D-Max X-Series 07

Dari segi kelengkapan, pelanggan akan mendapat Around View Monitor (AVM) 360 darjah dan skrin sentuh berukuran lapan inci dengan fungsi sambungan telefon pintar dan navigasi.

Isuzu D-Max X-Series 03

Turut disertakan adalah pembaca Smart Tag binaan dalam yang akan mengeluarkan bunyi amaran sekiranya baki kad Touch N Go adalah kurang dari RM10.

Isuzu D-Max X-Series 02

Harga bagi D-Max X-Series bermula dari RM118,000 bagi varian 2.5L dan RM124,000 bagi varian 3.0L. Ia terhad kepada 90 unit bagi 2.5L dan 120 unit bagi 3.0L. Setiap pembelian didatangkan degnan pek premium yang terdiri daripada beg silang, tumbler, rantai kekunci dan kad Touch N Go.

Previous post

Adakah Ini Proton Preve Baharu Untuk 2019?

Next post

Subaru Outback Dengan EyeSight Masuk Pasaran Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *