Cerita Auto

Ini Dia To’ki Nissan Skyline GT-R

Tahunnya adalah 1964 di mana, buat pertama kalinya sebiuah Skyline yang diubahsuai tiba di Grand Prix Jepun. Skyline ini mendapat tempat kedua di belakang Porsche. GT-R pertama ini adalah berdasarkan Skyline Generation C10.

Ia adalah sedan sukan dari kilang, ketika BMW masih belum menubuhkan ‘M’ GmbH mereka. Pada masa itu AMG azdalah hanya dua lelaki berkeinginan kuat dan menghadapi perlumbaan pertama mereka untuk dimenangi. Audi ‘Sport’ masih merupakan konsep. Dan pada masa itulah, Nissan meletakkan asas permulaan untuk sebuah legenda.

Pada tahun 1968, ketika model itu baru muncul di pasaran, ia masih memakai logo Nissan. Begitu juga dari 1969 dengan Skyline GT-R yang pertama mereka.

Jurutera Prince telah mereka casis dari reka bentuk yang digunakan untuk  inline six-cylinder mereka. Enjin sedemikian digunakan dalam GT-R. 2.0-liternya yang dipanggil “S20″ mempunyai dua overhead camshaft dengan output 160hp pada 7000rpm dengan kotak gear 5 kelajuan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dengan kuasa yang begitu banyak dan berat curb kira-kira 1.1 tan, kereta keluarga ini laju gila. Kereta ini memecut ke 100 dalam hanya 9.8 saat dan mencapai kelajuan tertinggi 200km / j. Ia adalah sudah masuki kawasan Porsche 911 pada masa itu.

 

Previous post

Aston Martin Sumbat Enjin V8 4.7Lnya Kedalam Cygnet

Next post

Sekeping Sejarah Automotif Dengan Setiap Bentley Edisi Terhad Baharu Ini

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>