Motosikal / Lain Lain Roda

Honda PCX 150 2018 Masuk Pasaran Malaysia – RM10,999

Boon Siew Honda (BSH) telah memperkenalkan Honda PCX 150 baharu yang kini menampilkan kerangka besi baharu yang lebih ringan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut BSH, penggunaan kerangka itu turut menghasilkan jarak roda (wheelbase) yang lebih pendek untuk pengendalian yang lebih responsif manakala suspensi baharu pula memberikan tunggangan yang lebih selesa.

Bikes

Dari segi reka bentuk, PCX 150 menampilkan dua lampu utama LED rekaan terkini dengan lampu nyalaan siang, serta lampu LED di belakang. Selain warna sedia ada Pearl Metalloid White, skuter itu juga boleh didapati dalam dua warna baharu iaitu Euphoria Red Metallic and Radiate Grey Metallic.

Full Digital Metering Panel

Nadi PCX 150 adalah enjin 149 cc SOHC yang menghasilkan 14.5 hp pada 8,500 rpm dan 13.6 Nm pada 6,500 rpm. Kuasa disalurkan ke roda belakang menerusi transmisi V-Matic.

LED Tail light and winker

Dengan sistem suntikan bahan api PGM-FI dan Idle Stop, model ini dikatakan mempunyai tahap penggunaan api serendah 51.2 km bagi setiap liter bahan api.

PCX_Storage

Ciri-ciri kemudahan yang ada termasuklah ruang penyimpanan 25 liter, adaptor 12 volt, paparan LCD serta sistem Smart Key yang membolehkan enjin dihidupkan tanpa menggunakan kunci. Selain itu, ia juga mempunyai sistem penggera dan sistem Answer-Back yang boleh membantu pemilik mengesan kedudukan skuter mereka.

Remote Response System

Dijual pada harga RM10,999 (0% GST, tidak termasuk pendaftaran), Honda PCX 150 baharu turut didatangkan dengan jaminan selama dua tahun atau 20,000 km.

Previous post

Honda HR-V Facelift Boleh Mula Ditempah

Next post

MINI Malaysia Memperkenalkan MINI Terbaharu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *