Motosikal / Lain Lain Roda

Honda Dash 125 Baharu – Harga Dari RM5,999

Boon Siew Honda hari ini melancarkan model kapcai terbarunya iaitu Dash 125. Ia didatangkan dengan beberapa naik taraf berbanding model terdahulu iaitu Wave Dash yang mula diperkenalkan tujuh tahun lalu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dikuasakan oleh enjin silinder tunggal bersesaran 125 cc dengan sistem suntikan bahan api PGM-FI, Dash 125 mempunyai 9.85 hp pada 8,000 rpm dan 9.54 Nm pada 6,500 rpm. Enjin tersebut digabungkan dengan transmisi manual empat kelajuan.

Honda Dash 125 02

Dari segi kelengkapan, model ini menampilkan lampu utama LED, penghidup elektrik dan tendang serta tangki minyak sebesar 4 liter. Ia mempunyai brek cakera hidraulik di depan serta brek gelendong atau cakera hidraulik di belakang, bergantung pada versi.

Honda Dash 125 06

Dash 125 boleh didapati dalam empat warna terkini iaitu hitam, merah, biru dan edisi Repsol. Harga bermula dari RM5,999 bagi varian brek cakera tunggal, RM6,299 bagi varian brek cakera berkembar dan RM6,499 bagi edisi Repsol yang didatangkan dengan brek cakera berkembar.

Honda Dash 125 09

Seperti model-model lain yang ditawarkan oleh Boon Siew Honda, Dash 125 hadir bersama jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000 km.

Honda Dash 125 05

Dash 125 akan digunakan dalam perlumbaan ‘one-make race’ yang dikenali sebagai Honda Dash 125 Challenge sebagai sebahagian daripada saingan Cub Prix Malaysia. Selain itu, Boon Siew Honda turut mengumumkan pelantikan juara dua kali ARRC, Zaqhwan Zaidi sebagai duta Dash 125.

Honda Dash 125 08

Previous post

Toyota Supra Membuat Debut Dunia di Goodwood Dalam Penyamaran

Next post

Selamat Tinggal Paip Ekor Ekzos

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *