Berita Auto

Gabungan Kuasa Diesel dan Kemewahan

SUV telah menjadi kenderaan pilihan bagi kebanyakan pembeli. Ia menawarkan posisi pemanduan yang lebih selesa, penglihatan yang lebih baik dan ruang dalaman yang lebih uas berbanding sedan atau hatchback tipikal yang lebih mahal. Rakyat Malaysia mempunyai pelbagai pilihan, namun tidak banyak yang menarik seperti Hyundai Tucson 2.0 CRDi.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Tucsons-by-the-rocks

Reka Bentuk Premium

Tucson generasi ini kelihatan sangat bergaya untuk harganya. Para pereka Hyundai telah menggabungkan lengkung dramatik yang sering dilihat pada kereta buatan Itali dengan garisan-garisan kemas yang mencirikan reka bentuk automotif Jerman.

Bahagian luarannya bukan sahaja cantik, malah ia juga mempunyai pelbagai fungsi. Anda mendapat lampu utama LED dengan lampu nyalaan siang (DRL). Tambahan lagi, apabila anda melakukan belokan, ciri Static Bending Lights secara automatik akan menerangi selekoh tersebut.

Tucson-silver-shore

Ketahanan, Kecekapan dan Prestasi

Dengan 400 Nm tork dari seawal 1,750 rpm, anda boleh menjangkakan pecutan yang mudah pada sebarang kelajuan. Dan seperti kebanyakan kereta diesel, ia sangat efisyen dalam pemanduan bandar dan lebuhraya.

Hyundai-Tucson-3

Bagi menahan mampatan yang tinggi, para jurutera sering membina enjin diesel dengan menggunakan komponen yang lebih kuat. Memandangkan ia dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan yang terbukti, anda tahu anda mendapat sesuatu yang akan bertahan untuk beberapa generasi.

Keselamatan dan Kemudahan

Hyundai-Tucson-15

Mungkin antara sebab terbaik untuk membeli kereta baru adalah kerana keselamatannya dan Tucson adalah contoh yang terbaik dalam perkara ini. Lebih dari separuh bahan yang digunakan di dalam badannya adalah keluli keluli berkekuatan tinggi (Advanced High Strength Steel), kebanyakannya di sekitar ruang penumpang.

Selain itu, Tucson juga didatangkan dengan enam beg udara dan perehat kepala aktif yang mengukur saiz penumpang dan boleh bergerak bagi memaksimumkan perlindungan sekiranya berlaku perlanggaran.

Hyundai-Tucson-17-e1524470267121

Anda juga mendapat unit infotainment Android yang menyediakan akses kepada pelbagai aplikasi seperti Spotify, Waze dan Google Maps.

Hyundai-Tucson-16

Hyundai-Tucson-14

Harga Bertepatan

Untuk kelengkapan yang disedikan dalam Tucson 2.0 CRDi, harganya iaitu RM147,888 dengan 0% GST boleh dikatakan sangat munasabah. Bukan itu sahaja, penyelenggaraan percuma bagi tiga tahun pertama atau 50,000 km membuatkannya murah untuk dijaga. Bagaimanapun, tawaran bernilai tinggi ini adalah terhad.

Hyundai-Tucson-12

Previous post

Art of Speed 2018 - Syurga Buat Peminat Kereta dan Motosikal Custom

Next post

Kerajaan Mungkin Kenakan Syarat Baru Ke Atas Kenderaan Import

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *