Bisnes

Ford Ranger Terus Catat Permintaan Kukuh; Jualan Suku Kedua Naik 7.5 Peratus

Permintaan kukuh trak pikap Ford Ranger yang mendefinisikan semula segmennya di Malaysia nyata memacu jualan dengan peningkatan sebanyak 7.5 peratus berbanding tahun lalu dengan 1,556 unit telah dijual.

Prestasi jualan yang kukuh itu membantu Ranger meningkatkan perkongsian pasaran trak pikap kepada 15.4 peratus, kenaikan sebanyak 1.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

“‘Built Ford Tough’ Ranger jelas mendapat perhatian dalam kalangan pengguna di seluruh negara dan dilihat terus mencatat kejayaan di pasaran,” kata Pengarah Urusan Pasaran Membangun Asia Pasifik Ford Motor Company, Truong Kim Phong.

Ranger terus menjadi model terlaris Ford di Malaysia dan merupakan salah satu trak pikap paling laku di pasaran. Ia berjaya menarik minat kelompok luas pelanggan yang mahukan sebuah kenderaan versatil, sesuai untuk laluan biasa dan lasak.

“Reka bentuk Ranger yang tegap, versatil, selamat dan dengan keupayaan yang tiada tandingannya menjadi pemacu kepada popularitinya di Malaysia,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Syed Ahmad Muzri Bin Syed Faiz.

Di Malaysia, Ranger ditawarkan dalam sepuluh varian – termasuklah Ranger Wildtrak, Ranger FX4, XLT, XL dan Standard – ini bagi memenuhi keperluan kerja dan riadah pelanggan yang pelbagai.

“Kami gembira dengan sambutan hangat terhadap rangkaian model Ranger. Kami yakin bahawa Ford Ranger akan terus memacu momentum kami di Malaysia. Kami juga akan terus komited untuk meningkatkan pengalaman pemilikan pelanggan melalui proses naik taraf dan pengembangan rangkaian pengedar kami,” tambah Muzri

Ford dan Sime Darby Auto Connexion mengembangkan rangkaian pengedarnya di seluruh negara pada tahun ini menerusi pembukaan dua buah kemudahan baharu di Sabah dan Sarawak; Sime Darby Auto Connexion (Kuching) dan Sime Darby Auto Connexion (Kota Kinabalu). Direka dengan standard Brand@Retail global Ford, kemudahan ini menawarkan perkhidmatan jualan dan selepas jualan yang lebih baik dengan jumlah pelanggan yang kian meningkat di sana.

Ford SDAC PJ

 

 

Previous post

MINI Malaysia Memperkenalkan MINI Terbaharu

Next post

Scania Malaysia Naikkan Taraf Cawangan di Pelabuhan Klang 

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>