Bisnes

Bosch Malaysia Melakar Prestasi Yang Stabil

Bosch, peneraju pembekal global bagi teknologi dan perkhidmatan, menamatkan tahun fiskal 2017 di Malaysia dengan jualan bersih – termasuk jualan syarikat bukan gabungan serta jualan dalaman kepada syarikat bersekutu – sebanyak RM 5.2 bilion (1.1 bilion euro), lantas mencatat peningkatan hampir lapan peratus berbanding tahun lepas. Jualan gabungan Bosch dalam pasaran Malaysia berjumlah RM 615 juta (127 juta euro) pada tahun 2017 – kekal sebagai penyumbang pendapatan kedua tertinggi bagi Bosch di rantau Asia Tenggara untuk tiga tahun berturut-turut yang menunjukkan prestasi stabil saban tahun. Menjelang akhir tahun, tenaga kerja Bosch di dalam negara telah meningkat sebanyak tiga peratus yang berjumlah lebih daripada 2,800 individu. Angka ini merangkumi 30 peratus daripada keseluruhan tenaga kerja Bosch di rantau Asia Tenggara.

BHPBosch menyasarkan perkembangan yang berterusan pada tahun 2018 walaupun terpaksa berhadapan dengan iklim ekonomi yang mencabar. Selepas mencatat pencapaian yang memberangsangkan pada tahun 2017, yang juga dilakukan sewaktu keadaan geopolitik dan ekonomi yang tidak menentu, Bosch Group menjangkakan hasil jualannya untuk meningkat sebanyak 2 hingga 3 peratus pada tahun 2018. Bagi tiga bulan yang pertama, hasil jualan yang dijana oleh syarikat ini dapat menyamai jualan tertinggi dalam tempoh yang sama pada tahun lepas, malah terus meningkat sebanyak 5 peratus apabila dilaraskan dengan efek penukaran mata wang.

Bosch-car-batteryScreen-Shot-2018-03-03-at-11.11.19-PM-620x350

“Tiada yang mampu menandingi syarikat kami apabila ia melibatkan kepakaran keterhubungan yang komprehensif dengan gandingan pengetahuan yang luas di dalam industri ini. Ini merupakan kelebihan unik Bosch Group,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Bosch, Dr. Volkmar Denner ketika beliau berucap di persidangan tahunan yang berlangsung di Renningen.

Bosch-Clear-Advantage-Wiper-2-LowRes-620x350

 

 

Previous post

Skim Pembiayaan 'Lease2Go' Mercedes-Benz - Tonton Video Penjelasannya!

Next post

Uber Memutuskan Untuk Menghentikan Pembangunan Teknologi Lori Tanpa Pemandu

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *