Cerita AutoPsst!

BMW Malaysia Memperkenalkan BMW Concept X7

BMW Group Malaysia baru sahaja memperkenalkan BMW Concept X7 iPerformance, buat kali pertama bukan sahaja di Malaysia, tetapi di Asia Tenggara juga.

Kenderaan Konsep ini adalah demonstrasi BMW Group kepada segmen mewah yang merangkumi pemahaman moden jenama itu tentang mobiliti berwawasan dan kemajuan progresif. Ia bukan semata-mata melihat kepada model pengeluaran masa depan, tetapi juga merupakan kajian kes dalam kemodenan, kemewahan dan kehadiran yang akan menetapkan penanda aras baru dalam segmen mewah.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

BMW Concept X7 iPerforrmance melangkaui sempadan dan merangkumi pemahaman baru tentang kemewahan dalam bentuk eksterior yang menarik yang terdiri daripada garis fokus yang berarah. Ini digabungkan dengan dalaman yang diukuri untuk enam orang, yang dilengkapi dengan asas-asas penting: bentuk, bahan kelas tertinggi dan sistem infotainment dengan sambungan yang canggih . Lencana ‘iPerformance’ menandakan kehadiran teknologi eDrive BMW yang bersekutu dengan enjin petrol BMW TwinPower Turbo untuk mencipta powertrain hibrid plug-in yang sangat cekap dan dinamik yang unggul dalam semua situasi pemanduan – termasuk berjalan dengan pelepasan tempatan sifar.

BMW Concept X7 iPerformance akan dipamerkan eksklusif di Pusat Beli-Belah Bangsar dari Rabu, 18 Julai 2018 hingga Ahad, 22 Julai 2018 semasa BMW X Roadshow.

Previous post

Volvo XC40 Diiktiraf Euro NCAP 5-Bintang

Next post

Suzuki RM-Z250 Dipertingkat Untuk 2019

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *