Motosikal / Lain Lain Roda

Benelli Lancar Best-Shop di Selangor

Jenama superbike dari Itali iaitu Benelli telah melancarkan kedai eksklusif [pertamanya di Selangor yang dikenali sebagai Best-Shop. Dioperasikan oleh Kedai Motorsikal Tenaga Sdn Bhd, ia juga merupakan Best-Shop yang keempat di negara ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Terletak di No.2, Jalan Hentian 2, Pusat Hentian Kajang, Jalan Reko, 43000 Kajang, kedai tersebut mempunyai sebuah galeri motosikal yang menempatkan model-model terbaru Benelli, pusat servis canggih serta sudut aksesori dan alat ganti tulen.

DSC_0510

Ia beroperasi dari 9 pagi hingga 7 petang (Isnin hingga Jumaat), 9 pagi hingga 6 petang (Sabtu) dan ditutup pada hari Ahad.

DSC_0776

“Benelli telah mendapat sambutan yang menggalakkan di Malaysia sejak pelancaran beberapa model popular iaitu super cub RFS 150i, motosikal touring TRK 502 dan Leoncino yang berkonsep klasik. Dengan adanya permintaan ini, pusat pameran eksklusif dan pusat servis di negeri Selangor akan memastikan semua pemilik Benelli dapat menikmati pengalaman pengguna yang terbaik,” kata Asri Ahmad, Pengurus Besar MForce Bike Holdings Sdn Bhd.

Previous post

Afif Muncul Juara di Jasin

Next post

Toyota 86 TRD Special Edition Lebih Ligat

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *