Berita Auto

Audi R8 V10 Plus Dengan Pakej Lengkap

Audi akan menawarkan 44 buah Audi R8 V10 Plus dengan pakej lengkap Audi Sport Performance Parts di seluruh dunia. Model istimewa ini telah menerima penambahbaikan dari segi aerodinamik, berat serta kosmetik.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Apa yang membuatkan ia berbeza dengan versi biasa adalah kit badan aerodinamik yang dibangunkan di dalam terowong angin dan diperbuat daripada plastik bertetulang gentian karbon (CFRP). Ia merangkumi splitter depan, skirt sisi, serta diffuser dan spoiler besar di bahagian belakang.

Menurut Audi, kit badan ini memberikan kelebihan dari segi downforce di mana pada kelajuan 150 km/j, supercar ini boleh menjana dua kali ganda downforce iaitu 52 kg, manakala pada kelajuan 330 km/j, ia menjana 250 kg, iaitu 100 kg lebih tinggi berbanding R8 V10 Plus versi standard.

audi-r8-v10-plus-with-audi-sport-performance-parts

Selain itu, penggunaan rim bersaiz 20 inci mengurangkan berat jentera ini sebanyak 8 kg. Ia dibalut tayar Michelin Pilot Sport Cup 2 bersaiz 245/30 di depan dan 305/30 di belakang. Suspensi coilover boleh laras dan brek seramik dengan plat titanium turut menyumbang kepada badan yang lebih ringan.

Tiada sebarang perubahan dilakukan pada enjin. Ini bermakna model ini masih mempunyai 610 hp dan 560 Nm yang dibekalkan oleh enjin 5.2-liter V10.

audi-r8-v10-plus-with-audi-sport-performance-parts (2)

Harga bagi model istimewa ini bermula dari £176,560 (RM942,023).

Previous post

Ferrari Terima Anugerah Red Dot: Best of the Best Empat Tahun Berturut-turut

Next post

Pemilik Porsche Pandu Masuk Bangkok Sempena Perayaan Tahun ke-70

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *