Berita Auto

15 Perkara Menarik Tentang Mercedes-Benz A-Class Sedan Baharu

Barisan kereta kompak Mercedes-Benz kini semakin berkembang dengan pelancaran model terbaru iaitu A-Class Sedan. Selain menampilkan reka bentuk mewah, model ini juga didatangkan dengan pelbagai teknologi keselamatan dan bantuan pemandu canggih yang dipinjam dari S-Class.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Di sini kami kumpulkan 15 perkara menarik yang anda perlu tahu tentang model terbaru ini:

2019-mercedes-benz-a-class-sedan

  • Reka bentuknya telah dipratontonkan pada tahun lalu menerusi kereta konsep Concept A Sedan
  • Berukuran panjang 4,549 mm, lebar 1,796 mm, tinggi 1,446 mm dengan jarak roda 2,729 mm
  • Mempunyai but berkapasiti 420 liter

2019-mercedes-benz-a-class-sedan (7)

  • Dibina di atas platform Modular Front-Drive Architecture generasi kedua (MFA2)
  • Mempunyai pekali seret (Cd) paling rendah bagi kereta produksi seluruh dunia iaitu 0.22
  • Ditawarkan dengan dua pilihan enjin iaitu A 200 (163 hp dan 250 Nm) dan A 180d (116 hp dan 260 Nm)

2019-mercedes-benz-a-class-sedan (4)

  • Kedua-dua varian di atas dipadankan dengan transmisi dwi-klac automatik tujuh kelajuan
  • Penggunaan bahan api adalah 5.2 hingga 5.4 liter bagi setiap 100 km bagi A 200 dan 4.0 hingga 4.3 liter bagi A 180d (berdasarkan kitaran NEDC)
  • Didatangkan dengan sistem infotainment Mercedes-Benz User Experience (MBUX) yang boleh diaktifkan dengan frasa “Hey Mercedes”

2019-mercedes-benz-a-class-sedan (3)

  • Tiga jenis paparan disediakan: dua skrin berukuran 7 inci; satu skrin 7 inci dan satu skrin 10.25 inci; atau dua paparan berukuran 10.25 inci
  • Mempunyai 64 pilihan warna bagi pencahayaan ambien di dalam kabin
  • Boleh dipandu secara separa autonomi dalam situasi tertentu dengan adanya ciri-ciri seperti Active Distance Assist DISTRONIC, Active Emergency Stop Assist dan Active Lane Change Assist

2019-mercedes-benz-a-class-sedan (5)

  • Active Brake Assist mengurangkan kesan perlanggaran dengan kenderaan, pejalan kaki dan penunggang basikal, manakala Active Lane Keeping Assist memberi amaran kepada pemandu menerusi getaran pada stereng jika kenderaan terkeluar dari lorong
  • Pre-Safe Plus akan mengenakan brek sekiranya kenderaan dilanggar dari belakang untuk mengurangkan risiko kecederaan
  • Dihasilkan di kilang pengeluaran Mercedes-Benz di Aguascalientes, Mexico, dan Rastatt, Jerman

2019-mercedes-benz-a-class-sedan (2)

 

Previous post

Pandu Sejauh 640 km Dengan Setangki Petrol

Next post

Sergio Marchionne Meninggal Dunia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *