Berita Auto

Volvo Tetap Sasaran Untuk Guna 25% Plastik Kitar Semula Bermula 2025

Volvo telah mengumumkan bahawa bermula 2025, sekurang-kurangnya 25% daripada plastik yang digunakan dalam setiap kenderaannya akan diperbuat daripada bahan kitar semula.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Bagi menunjukkan keberdayaan visi tersebut, Volvo turut mendedahkan sebuah XC60 T8 binaan khas di acara Ocean Summit di Gothenburg. Walaupun kelihatan serupa dengan model sedia, sebahagian daripada komponen plastik SUV itu telah digantikan dengan bahan-bahan kitar semula.

volvo-xc60-t8-with-details-made-of-recycled-plastics (1)

Sebagai contoh, konsol tengah diperbuat daripada gentian dan plastik daripada pukat dan tali maritim terpakai, manakala karpet pula mengandungi gentian daripada botol plastik dan campuran kapas kitar semula daripada pengeluar pakaian. Bukan itu sahaja, Volvo turut menggunakan kerusi lama Volvo untuk membuat bahan penyerap bunyi yang terletak di bawah bonet.

volvo-xc60-t8-with-details-made-of-recycled-plastics (2)

“Penjagaan alam sekitar adalah salah satu nilai teras Volvo dan kami akan terus mencari cara baru untuk membawa perkara ini ke dalam perniagaan kami,” kata Håkan Samuelsson, Presiden dan CEO Volvo Cars.

volvo-xc60-t8-with-details-made-of-recycled-plastics (3)

Pada bulan lalu, Volvo menyatakan komitmennya untuk membasmi penggunaan plastik di seluruh premis dan acara anjurannya menjelang akhir tahun 2019.

 

Previous post

488 Pista 'Piloti Ferrari' Eksklusif Untuk Pelanggan Pelumba

Next post

Pengerusi Audi Rupert Stadler Ditahan Kerana Dieselgate

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *