Bisnes

Volvo Cars Semakin Menjauhkan Diri Dari Acara Industri Auto

Volvo Cars akan terus berjauhan dari acara industri auto tradisi untuk memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti khusus untuk memperkenalkan kereta baru, teknologi dan perkhidmatan kepada media dan pengguna.

Peralihan ke arah komunikasi tuju khas menyokong cita-cita syarikat untuk mengubah perhubungannya dengan pangkalan pelanggannya, dengan matlamat untuk membina lebih daripada lima juta perhubungan pengguna langsung pada pertengahan dekad akan datang.

Pelancaran kereta terbaru Volvo ini memperkenalkan SUV padat XC40 di Minggu Fesyen 2017 Milan dan melancarkan estet bersaiz sederhana premium V60 baharu di jalan masuk sebuah rumah pinggir bandar di Stockholm.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Hujung bulan ini pula Volvo Cars juga akan melancarkan sedan sukan S60 yang baru di perasmian kilang pembuatan AS pertama di Amerika Syarikat, di Charleston, Carolina Selatan.

Sebagai sebahagian daripada strategi syarikat untuk menyasarkan campuran langganan baru dan membangunkan acara sendiri, Volvo Cars telah memutuskan ia tidak akan menghadiri Pameran Geneva Motor pada 2019.

Kereta baru S60 sport Volvo Cars akan menyempurnakan pembaharuan portfolio syarikat yang berjaya, yang bermula dengan pengenalan XC90 pada tahun 2014. Sejak itu syarikat itu telah mencatatkan empat tahun jualan dan keuntungan rekod berturut-turut.

Syarikat itu kini memasuki fasa baru dengan rangkaian kereta global terkuat dalam sejarahnya dan akan terus meningkatkan tumpuannya terhadap inovasi dan perkhidmatan.

 

Previous post

Macam Mana Lamborghini Ini Boleh Tergolek Dok?

Next post

Bosch Mengesyorkan Pemeriksaan Pengelap Cermin Kereta Balik Kampung

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *